TOTTENHAM berjaya bangkit dari prestasi muram apabila cemerlang menundukkan Blackburn 4-2 hasil dua gol menerusi Gareth Bale (m-16, 75), Roman Pavlyuchenko (m-42) dan Peter Crouch (m-69).
Ia adalah kemenangan pertama Spurs dalam lima perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris. Sebelum ini Spurs mencatat dua keputusan seri serta dua kali tewas.
Kemenangan dalam aksi di White Hart Lane itu melonjakkan Spurs ke tangga keenam liga dengan mengumpul 19 mata, sama dengan Blackburn yang berkelebihan jurang gol.
Dua gol Blackburn dijaring pada babak 10 minit sebelum berakhir permainan namun gol Ryan Nelsen dan Christoper Samba tersebut agak terlewat buat anak buah Sam Allardyce untuk bangkit memberi tentangan kepada pasukan tuan rumah.
Sebelum itu, Manchester United sekadar seri 2-2 dengan Aston Villa sementara Manchester City pula terikat tanpa jaringan ketika berdepan Birmingham.
Keputusan paling mengejut apabila Liverpool tewas 0-2 kepada Stoke City di Stadium Britannia.
Liverpool kini menghuni tangga ke-11 liga, tiga mata di belakang Spurs.
Tags: Berita EPL, Blackburn, EPL 2010/2011, Liga Perdana Inggeris, Tottenham