Friday, 19/11/2010

EPL: Arsenal pintas Manchester United

Published on November 15, 2010 by admin   ·   No Comments

Everton vs Arsenal 1-2ARSENAL berjaya memintas kedudukan Manchester United di tangga kedua Liga Perdana England selepas menang 2-1 ke atas Everton malam tadi.

Dua gol masing-masing satu menerusi pemain pertahanan, Bacary Sagna dan pemain tengah, Cesc Fabregas sudah cukup untuk memberikan kemenangan kepada skuad The Gunners.

Sagna yang meledakkan gol kedua untuk Arsenal sepanjang 140 perlawanan, menewaskan penjaga gol Everton, Tim Ho- ward pada minit ke-36

Kali terakhir Sagna menjaringkan gol buat Arsenal adalah ketika menentang Chelsea pada Mac 2008 manakala gol Fabregas diperoleh tiga minit selepas rehat.

Samir Nasri turut beberapa kali menguji kehebatan Howard sepanjang perlawanan tersebut.

Arsenal yang membelasah Everton 6-1 di Goodison Park pada perlawanan pembukaan musim lalu, lebih banyak menguasai permainan tetap gagal menghalang pintu gol mereka daripada dibolosi.

Dengan rekod 11 gol daripada 3 pertemuan di Goodison Park, skuad bimbingan Arsene Wenger itu dilihat terlalu hebat buat pasukan tuan rumah.

Everton berjaya merapatkan jurang menerusi pemain tengah, Tim Cahill pada minit ke-89.

Setakat ini, Arsenal telah mengumpul 26 mata untuk mengungguli tempat kedua liga manakala United di tempat ketiga (25 mata) selepas seri 2-2 dengan Aston Villa kelmarin.

Manakala Everton kekal di tangga ke-13 selepas tewas buat kali pertama daripada lapan perlawanan.

Tags: , , , , , ,

Readers Comments (0)




Join Sokernet.com @ Facebook

Berita Berkaitan

Berita Terkini

Hak Cipta © 2010 Sokernet.com | Portal Bola Sepak Terunggul Di Malaysia.