MALAYSIA layak ke Pusingan Kedua bola sepak Sukan Asia Ke-16 walaupun tewas 0-3 kepada China pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Bolasepak Tianhe, malam tadi.
Kemaraan Malaysia itu sekaligus memecah kebuntuan selama 32 tahun untuk beraksi di Pusingan Kedua acara bola sepak Sukan Asia.
Walaupun menduduki tempat ketiga di belakang Jepun dan Korea Selatan dalam Kumpulan A, Malaysia layak ke Pusingan Kedua kerana tiga mata yang diperoleh hasil kemenangan 2-1 ke atas Kyrgyzstan pada Selasa lalu membolehkan Malaysia berada di kedudukan terbaik berbanding negara di tempat ketiga dalam kumpulan lain.
Kali terakhir skuad negara layak beraksi di Pusingan Kedua acara bola sepak Sukan Asia ialah pada tahun 1978 di Bangkok. Di Doha, Qatar empat tahun lalu, skuad kebangsaan di bawah bimbingan Norizan Bakar sekadar bermain di peringkat kumpulan.
Pada perlawanan malam tadi, skuad negara terpaksa bermain dengan lapan pemain selepas Mahalli Jasuli diberikan kad kuning kedua, sekaligus kad merah pada minit ke-24 oleh pengadil Williams Ben dari Australia.
Seminit kemudian, ketua pasukan Safiq Rahim pula dilayangkan kad merah kerana memprotes keputusan pengadil memberikan kad merah kepada Mahalli.
Kad merah ketiga dilayangkan kepada S Kunanlan pada minit ke-83.
Walaupun terpaksa bermain dengan lapan pemain, skuad negara yang dibelenggu kecederaan berjaya menyerap asakan pasukan China daripada membolosi gawang Malaysia dengan jaringan lebih besar.
Pasukan tuan rumah bagaimanapun berjaya membolosi gawang Malaysia menerusi tandukan Li Jianbin pada minit ke-61 sebelum sepakan leret Zhao Hanglue pada minit ke-65 dari sebelah kanan pintu gol Malaysia menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.
Tuan rumah mendapat gol ketiga menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Zhang Linpeng pada minit ke-84.
Related posts
- Sukan Asia 2010: Jepun tundukkan tuan rumah 3-0
- Asian Cup Q: China through despite Syria stalemate
- Sukan Asia 2010: Malaysia tewas angkara pengadil
- China, Iran qualify for Asian Cup 2011
- [VIDEO] Malaysia 1-0 Korea Selatan
- Kim Swee mahu anak buah kutip tiga mata
- Filipina persiapan awal Malaysia hadapi Piala AFF Suzuki
- Malaysia tewaskan Indonesia 1-0
- Video Gol Free Kick Safiq Rahim [Malaysia vs Singapura] 12 Jun 2012
- Australia vs Malaysia LIVE Astro Arena [Friendly]
[...] pemain Malaysia turut dilayang kad merah selepas prestasi ‘buruk’ pengadil perlawanan. LIHAT BERITA PENUH No Comment | Permalink | Subscribe Post or Comment var addthis_pub="izwan00"; [...]
apa pon tahniah utk team malaysia wpon klh tp klh scr brmaruah bkn mng scr x brmaruah mcm china, hrp ref bg kad merah ja br bleh boh gol, tu pon gol nsb freekick ngan penalti, jg tahniah sbb lk ke psngn ke-2
aq sokong..klau pemain malaysia x kne kad merah mesti leh menang nyer!!!!