The Gunners pintas Manchester United duduki tangga kedua liga
ARSENAL melonjak ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris hasil kemenangan 2-1 ke atas Everton dalam aksi di Goodison Park malam tadi.
Skuad The Gunners mendahului tuan rumah satu gol pada babak pertama menerusi rembatan deras Bacary Sagna pada minit ke-36 selepas percubaan awal Samir Nasri dari luar kotak penalti berjaya diselamatkan penjaga gol Everton, Tim Howard.
Andrei Arshavin berjaya mendapatkan bola yang ditepis Howard sebelum mengumpan kepada Sagna yang tidak dikawal sebelum membuat rembatan deras melepasi kawalan penjaga gol tuan rumah.
Kedudukan Arsenal bertambah kukuh sebaik babak kedua bermula dan hanya memerlukan kurang tiga minit untuk menyumbat gol ketiga menerusi jaringan ketua pasukan, Cesc Fabregas dari dalam kotak penalti.
Kebangkitan lewat Everton menerusi sentuhan Tim Cahill pada minit ke-89 gagal membantu pasukan tuan rumah untuk sekurang-kurangnya memungut satu mata.
Tags: Arsenal, Arsenal vs Everton, Berita EPL, EPL 2010/2011, Everton, Liga Perdana Inggeris