ARSENE Wenger cemas Blackburn menggunakan corak permainan keras ke atas pemain Arsenal di Ewood Park, hari ini kecuali pengadil Chris Foy menghalang taktik kotor itu.
Wenger yang tidak menyenaraikan belian terbaru kelab, Sebastian Squillaci yang dibeli dari Sevilla pada Khamis lalu, terang-terangan menyatakan dia tidak gemar beraksi dengan pasukan Liga Perdana Inggeris yang mengamalkan permainan keras.
Rovers, yang diuruskan Sam Allardyce, adalah salah satu pasukan yang dimaksudkan Wenger dan tatkala Gunners tewas pada musim lalu, pengadil, Martin Atkinson dikecam kerana didakwa tidak memberi cukup perlindungan kepada pelawat, terutama ketika menangani cabaran ke atas penjaga gol.
Kini Wenger berharap dalam mengelak kejadian sama berulang dan berharap Roy akan bertindak andai Rovers meningkatkan gerakan merantai pergerakan pemain Arsenal.
“Saya percaya semua sudah melihat skuadnya dan cuba mencari jalan cara terbaik beraksi dengan mereka dan kami sudah pun mengatur strategi kami,” kata Wenger.
“Tapi bukan satu strategi saja. Saya juga hormat strategi lain selagi keputusan pengadil dihormati.
“Saya menonton Ahad lalu. Anda tidak boleh kata ia bola sepak kerana ia seperti permainan ragbi terhadap pengadil. Pengadil tidak boleh meneruskan permainan dan menerimanya kerana tindakan itu tidak ada kena mengena dengan permainan.
“Anda tidak boleh mempunyai pemain yang fungsi utamanya adalah menghalang penjaga gol lawan daripada menangkap bola, malah langsung tidak memburu bola (kerana fungsinya mengekang pergerakan penjaga gol).”
Tags: Arsenal, Berita EPL, Blackburn, Blackburn vs Arsenal, EPL 2010/2011, Liga Perdana Inggeris