CHELSEA melaung amaran awal buat pencabarnya yang berhasrat untuk merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas mempamer aksi bertenaga untuk menundukkan pasukan baru, West Bromwich 6-0, awal pagi tadi.
Penjaring terbanyak EPL musim lalu, Didier Drogba mengetepi kekecewaan di Piala Dunia 2010 dengan merekod hatrik pertama musim ini dengan sumbangan tiga golnya manakala pemain antarabangsa Perancis, Florent Malouda menyumbat dua gol dan satu lagi gol menerusi pemain tengah England, Frank Lampard.
Kemenangan itu sekaligus membolehkan Chelsea menerajui carta liga selepas satu lagi pasukan baru, Blackpool menduduki tempat teratas pada awalnya apabila mencipta kejutan dengan membenam Wigan 4-0 di tempat lawan.
Dua gol hasil jaringan Marlon Harewood ditambah pula dengan jaringan Gary Taylor-Fletcher dan Alex Baptiste sudah cukup untuk memberi kemenangan menakjubkan kepada mereka.
Harewood, yang dilepaskan oleh Aston Villa pada penghujung musim lepas beraksi cemerlang.
Taylor-Fletcher membuka jaringan sebelum Harewood menambah pada minit ke-36.
Harewood menambah koleksi jaringan peribadinya dengan menyumbat masuk gol ketiga Blackpool empat minit sebelum separuh masa pertama berakhir.
Baptiste melengkapkan kemenangan bergaya Blackpool dengan menyumbat masuk gol keempat pada minit ke-75.
Sementara itu Aston Villa yang kehilangan jurulatih, Martin O’Neill ekoran peletakan jawatan turut membuat permulaan cemerlang dengan mencatat kemenangan 3-0 ke atas West Ham.
Sebelum itu, Tottenham dan Manchester City sekadar seri tanpa jaringan dalam aksi pembukaan di White Hart Lane.
Tags: Berita EPL, Chelsea, Chelsea vs West Brom, EPL 2010/2011, Liga Perdana Inggeris, West Bromwich
memang si Chelsea is the best yaaa,,,gila!
- maaf kami tidak menyokong sebarang laman taruhan bola (judi bola) sama ada yang berlesen atau tidak.
good… chelsea adalah pasukan yg rajabola minati… nampaknya chelsea akan mempertahankan liga perdana inggeris lagi la musim ni..
chelsea kasi fulltank je kelab bawah2 nie………….hahahahaa