CHELSEA mengalami kekalahan pertama di gelanggang sendiri musim ini selepas tewas mengejut 3-0 kepada Sunderland dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge sebentar tadi.
Pasukan pelawat mengejutkan penyokong Chelsea apabila mendahului 1-0 di minit akhir babak pertama menerusi jaringan Nedum Onuoha.
Di babak kedua Sunderland terus mempamer aksi bertenaga dan berjaya memperoleh gol kedua hasil jaringan Asamoah Gyan pada minit ke-52 sebelum Denny Welbeck mengambil kesempatan atas kesilapan Ashley Cole untuk jaringan ketiga pelawat pada minit ke-87.
Sekalipun tewas, Chelsea kekal mendahului carta liga dengan kelebihan dua mata ke atas Arsenal yang mencatat kemenangan 2-1 dalam aksi lebih awal di Goodison Park malam tadi.
Manchester United di tangga ketiga, satu mata di belakang Arsenal manakala Sunderland melonjak ke tangga keenam liga.
Tags: Berita EPL, Chelsea, Chelsea vs Sunderland, EPL 2010/2011, Liga Perdana Inggeris, Sunderland