Thursday, 14/10/2010

Chelsea cetus kontroversi cuba pancing Neymar

Published on August 13, 2010 by admin   ·   No Comments

CHELSEA berdepan satu lagi isu skandal perpindahan pemain.

Menurut media di Brazil, kelab Santos telah membuat laporan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas Chelsea dilaporkan berusaha memancing bintang remaja, Neymar.

Santos mendakwa Chelsea telah menghubungi penyerang sensasi Brazil itu sebelum dia beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat di New York kelmarin.

Chelsea dijangka mempertahankan diri mereka ekoran dakwaan tersebut, namun sehingga semalam, pigak pengurusan skuad The Blues itu enggan memberi sebarang kenyataan.

Santos menegaskan, mereka tidak akan membuat sebarang perjanjian dengan harga kurang daripada £29.6 juta (RM147.5 juta) iaitu nilai klausa pelepasan kontrak Neymar.

Begitupun, perjanjian masih boleh berlaku sekiranya Chelsea membuat tawaran melebihi £20 juta (RM100 juta).

Sebelum ini, Chelsea berjaya mengelak daripada hukuman Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) berikutan kontroversi perpindahan melibatkan perancang Gael Kakuta dari Lens musim lalu.

Neymar telah menjaringkan 32 gol dalam 33 perla- wanan tahun ini dan peminat bola sepak di Brazil berang apabila bekas jurulatih Brazil, Dunga mengetepikannya pada kempen Piala Dunia di Afrika Selatan bulan lalu.

Kelmarin, Neymar mempamerkan sentuhan sebenarnya pada penampilan sulung di pentas antarabangsa apabila meledakkan gol pertama ketika Brazil mengalahkan Amerika Syarikat.

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Join Sokernet.com @ Facebook

Berita Berkaitan

Berita Terkini

Hak Cipta © 2010 Sokernet.com | Portal Bola Sepak Terunggul Di Malaysia.