CHELSEA meneruskan rentak cemerlang mereka dengan mencatat kemenangan ketika berturut-turut selepas menumpaskan Stoke City 2-0 di Stamford Bridge bagi membolehkan kelab London itu kekal menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris.
Florent Malouda menjaringkan gol pertama Chelsea pada minit ke-32 disusuli gol kedua menerusi Didier Drogba yang berjaya menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-77.
Sebelum itu Chelsea memperoleh tendangan penalti pada awal babak pertama, namun sepakan Frank Lampard berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Stoke, Thomas Sorensen.
Tags: Berita EPL, Chelsea, Chelsea vs Stoke City, EPL 2010/2011, Liga Perdana Inggeris, Stoke City