Thursday, 14/10/2010

Gallas bakal sertai Spurs

Published on August 21, 2010 by admin   ·   No Comments

BEKAS ketua pasukan Arsenal, William Gallas yang dilepaskan secara percuma, dilaporkan bersetuju untuk menyertai musuh Gunners di utara London, Tottenham Hotspur.

Pemain pertahanan Perancis berusia 33 tahun itu, telah menjalani pemeriksaan perubatan, selepas bersetuju untuk berpindah dari Emirates ke White Hart Lane.

Gallas dikatakan cuba mengintai peluang untuk berkhidmat bersama majikan baru, selepas Arsenal enggan untuk memenuhi permintaan gaji 80,000 pound seminggu(RM390,385).

Namun, pengurus Spurs, Harry Redknapp yang dipetik berkata: ”Bayaran bukan masalah. Dia bukan pemain yang tamak.

”Wakil pemain itu telah pun menghubungi kami dan bercakap mengenai perkara tersebut.”

Hubungan tegang antara Arsenal dengan Spurs berlanjutan sejak beberapa tahun lalu, selain isu perpindahan secara percuma Sol Campbell pada 2001, menyebabkan pemain itu memutuskan menyertai skuad Arsene Wenger.

Namun, Redknapp hanya mengambil mudah kontroversi tersebut, yang mungkin tercetus kembali, setelah Gallas menyertai pasukan utara London itu.

”Dia merupakan pemain Arsenal dan dia juga pernah bermain untuk Chelsea sebelum ini, juga beraksi di luar England sebelum datang ke sini.

”Ia tidak sama seperti kami membawa masuk Tony Adams. Dia merupakan pemain yang bagus dan kehadirannya mampu mengukuhkan skuad kami,” katanya.

Ketiadaan Jonathan Woodgate yang kecederaan, bermakna Redknapp perlu mencari pemain pertahanan yang benar-benar berwibawa.

Tags: , , , , , ,

Readers Comments (0)




Join Sokernet.com @ Facebook

Berita Berkaitan

Berita Terkini

Hak Cipta © 2010 Sokernet.com | Portal Bola Sepak Terunggul Di Malaysia.