Skuad Rajagopal makin tempang selepas tiga pemain terima kad merah
SATU lagi tugas berat menanti skuad bola sepak bawah 23 tahun kebangsaan susulan kejayaan mara ke pusingan kedua apabila diundi menentang Iran selaku juara Kumpulan B petang esok.
Dengan hanya selang dua hari selepas aksi ‘berat sebelah’ menentang pasukan tuan rumah, China malam tadi skuad K Rajagopal ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila bakal beraksi tanpa tiga pemain yang dilayang kad merah, Safiq Rahim, S Kunanlan dan Mahali Jasuli.
Rajagopal kini tiada pilihan untuk menurunkan kesebelasan terbaik dan kini hanya berharap rayuan bagi menarik balik kad merah yang dilayangkan ke atas tiga pemain negara diterima pihak penganjur.
Pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal dilaporkan akan membuat rayuan terhadap layangan kad merah ke atas tiga pemain yang beraksi menentang China malam tadi.
Malaysia akan menentang Iran di pusingan kedua esok.
Iran muncul juara Kumpulan B selepas menang ketiga-tiga perlawanan awal, menjaring enam dan hanya melepaskan satu gol.
Tags: Malaysia, Malaysia vs Iran, Sukan Asia 2010