NEWCASTLE mencatat kemenangan besar dengan membelasah Aston Villa 6-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di St James Park, sebentar tadi.
Joey Barton membuka jaringan pada minit ke-12 sebelum pemain England berusia 21 tahun, Andrew Carrol melakar hatrik menerusi jaringan pada minit ke-34, 67 dan 90.
Kevin Nolan menghasilkan dua lagi gol buat tuan rumah pada minit ke-31 dan 87 untuk memulihkan kembali keyakinan peminat Magpies selepas bermula buruk di awal musim.
Newcastle yang kembali beraksi di liga utama selepas tersingkir ke divisyen kedua musim lalu tewas 0-3 kepada Manchester United dalam perlawanan sulung minggu lalu.
Tags: Andrew Carrol, Aston Villa, Berita EPL, EPL 2010/2011, Hatrik, Liga Perdana Inggeris, Newcastle, Newcastle vs Aston Villa