• 3 pemain Malaysia terima kad merah, 5 dilayang kad kuning
  • Pemain China langsung tidak menerima sebarang kad

Malaysia vs ChinaMALAYSIA tewas 0-3 kepada China pada perlawanan penuh kontroversi dalam saingan Kumpulan A temasya Sukan Asia 2010 di Stadium Tianhe, Guangzhou malam tadi.

Ini kerana pengadil dari Australia, Ben Williams telah melayangkan tiga kad merah kepada Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S Kunanlan. [LIHAT VIDEO]

Selain itu, lima pemain lain iaitu Fadhli Shas, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Asraruddin Putra Omar dan Muslim Ahmad turut dilayangkan kad kuning berbanding pemain China yang langsung tidak diberi sebarang kad.

Jurulatih kebangsaan, K Rajagobal jelas begitu berang dengan keputusan ‘berat sebelah’ pengadil yang sama sekali telah meranapkan hasrat Malaysia sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri dengan China.

“Ini pertama kali dalam sejarah saya melihat pengadil seteruk ini. Ini juga pertama kali saya bertindak untuk memberi komen terhadap pengadil.

“Saya cukup kecewa. Jika satu kad merah tidak mengapa. Ini kami terpaksa main sembilan pemain sepanjang 55 minit dan lapan pemain pada 10 minit terakhir,” kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan semalam.

Pada minit ke-24, Mahali dilayangkan kad merah setelah didakwa sengaja menyepak bola ke luar padang manakala Safiq turut menerima nasib sama kerana dikatakan cuba membantah keputusan pengadil.

Kunanlan pula menerima kad kuning pertama pada minit ke-79 dan kad kuning kedua seterusnya kad merah seminit kemudian kerana memberikan sepakan penalti.

“Semua pemain telah berkerja keras biarpun terpaksa lawan 11 pemain. Cuma sukar untuk terus bertahan pada baki 45 minit dengan kekurangan pemain,” jelasnya.

Gol pertama China dijaringkan Li Jianbin menerusi tandukan selepas sepakan percuma pada minit ke-61 diikuti gol kedua hasil sepakan percuma Zhao Honglue pada minit ke-64 sebelum Zhang Linpeng menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-82. [LIHAT VIDEO]

Sementara itu, Safiq yang merupakan ketua pasukan negara memberitahu: “Saya hanya tanya pengadil kenapa Mahali dilayangkan kad merah. Kemudian saya diberi kad kuning.

“Apabila saya tanya pula kenapa saya kena kad kuning, pengadil terus keluarkan pula kad merah,” katanya.

Malaysia bagaimanapun tetap berjaya layak ke pusingan kedua selaku empat pasukan tempat ketiga terbaik dan akan bertemu juara Kumpulan B, Iran petang esok.




coded by nessus

Main topics: Sukan Asia

Sub topics: , , ,


Readers Comments (9)

  1. Dino

    pengadil itu patut diambil tindakan oleh FIFA. Keseluruhan perlawanan malam tadi. Permain china di tackle hanya kena pada hujung kasut sahaja. Player china tumbang dan china di beri sepakan percuma. Apa yang saya boleh katakan. Pengadil bagi pelawanan China mln Malaysia adalah satu perkara yang tidak sepatutnya terjadi dan pengadil menunjukan bahawa hatinya bak dibeli oleh china.

     Reply
    • seni

      minta maap atas kritikan saya, sepatutnya walaupon pengadil biased, malaysia tak patut lepaskan gol yang pertama tu. dah 6 tahun saya tengok cara gol bolos yang sama dari pasukan malaysia. gol tandok depan post !!! saya tak salahkan rajagopal tapi jurulatih pasukan liga M sendiri. Diorang ini tak reti ke ajar pemain2 supaya tak bolos bola camtu… saya kecewa betul gol macam tu, seperti tak improvement je asik gol sama.

      dia harap coach2 malaysia take note apa yang saya kritik nih. improve la sket. jangan asik nak kejar kejayaan dalam satu tahun, tapi utk 10 tahun punya. Rajagopal selaku national coach takde masa sangat nak latih pemain sebaliknya jurulatih setiap negeri/kelab yg patut sediakan pemain yang bermentaliti tinggi.

      kecewa la kalo bolos cara sama.

       Reply
      • antiseni

        da men 9 owang mcmana x bolos.pkla ckit

         Reply
  2. liz

    well,pnelitian sy thp prmainn bola mlysia msh low..kmpungan..d hrp tngktkn lg prestasi..

     Reply
    • chenoz

      mentaliti org yg pandang rendah pada malaysia. g la duk england ke, perancis ke cm2… otak kat lutut

       Reply
  3. ex-malaysia u-12

    tlg la jgn nk kutuk…men 9 org kot..come on la….gle kot mental time tu…nk slh lps gol pon xley gak…ckp mmg la senang..cbe jd keper tgk..bola tanduk mmg ssh nk agk la…even World class keper pon failed…spe yg ckp plyer msia thp KG..mmg bodo la..try la men tgk pe jd..klo gme smlm blnce..msia ley beat China..xpon klo Msia cm kg..lu men la tgk pe jd..xyh men..try fitness tgk pe jd

     Reply
    • chenoz

      gua sokong lu bro…
      orang x penah jadi keeper n atas padang bola je cakap SEMBANG!!!

       Reply
  4. ammar

    coach di liga mlysia shrusnya mlhirkn pmain brkualiti utk mmbntu sdikit,,
    rajagobal,,pmain mlysia plk jgn ikotkn sgt emo,,ble ikot emo dri x trkwl,,
    ape pon syabas mlysia dpt gi ke pusingan ke 2,,doa mngirigi player di china,,

     Reply
  5. chenoz

    gua tgk, malaysia byk improve sejak dari sathianathan lagi. cume mse 2 die pun under pressure nak kene ikut ckp org FAM. rajagopal cara die bagus, player2 muda bawah die sejak under 19 lagi. kan malaysia u-19 power time rajagopal?so die amek budak2 nie main kat u-23 n x mustahil bg gua senior skuad yang ade skang, ditambah atau diganti dengan u-23 ranking bole naik maybe ke top 100. kite ngan jepun mase kat vietnam ari 2 pun kalah 2-0 je, tue pun pasal pengadil baghal…

     Reply