Saturday, 13/11/2010

Arsenal 6-0 Blackpool

Published on August 21, 2010 by admin   ·   No Comments

THEO Walcott menjaringkan hatrik ketika membantu Arsenal membenam pendatang baru, Blackpool 6-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates sebentar tadi.

Tiga lagi gol Arsenal dijaringkan oleh Andrei Arshavin, Abou Diaby dan Marouane Chamakh.

Malang buat Blackpool bermula sejak minit ke-30 selepas Ian Evatt dilayang kad merah.

Blackpool yang mencatatkan kemenangan bergaya 4-0 keatas Wigan minggu lepas akhirnya kembali ke alam nyata dengan kekalahan ini.

Walcott membuka jaringan untuk pasukan Arsenal selepas merembat masuk bola hasil dari hantaran Andrei Arshavin pada minit ke-12.

Arshavin menggandakan jaringan Arsenal menerusi sepakan penalti pada minit ke-32 setelah Ian Evatt menjatuhkan Marouane Chamakh. Evatt turut diperintah keluar padang ekoran insiden berkenaan.

Tersentak dengan kad merah, Blackpool bagaikan hilang tumpuan. Enam minit sebelum babak pertama berakhir, Walcott sekali lagi mengambil kesempatan kelemahan benteng pasukan pelawat.

Empat minit babak kedua bersambung, Arsenal semakin selesa apabila mendahului 4-0 hasil jaringan Abou Diaby sebelum Walcott melengkapkan hatriknya pada minit ke-58.

Chamakh melengkapkan kemenangan bergaya Arsenal dengan menjaringkan gol pada minit ke-83.

Sementara itu, Tottenham juga mencatatkan kemenangan pertama musim ini dengan menewaskan Stoke City 2-1.

Gareth Bale muncul wira Spurs dengan menjaringkan kedua-dua gol sambil dibalas oleh Stoke melalui Ricardo Fuller.

Birmingham menewaskan Blackburn 2-1 melalui dua jaringan oleh Craig Gardner.

Sebelum itu Steven Nzonzi meletakkan Blackburn di hadapan.

Everton masih lagi mencari rentak kemenangan setelah hanya mampu seri 1-1 menentang Wolves.

Gol-gol dijaringkan oleh Tim Cahill (Everton) dan Sylvan Ebanks-Blake (Wolves).

Penyerang baru West Brom, Peter Odemwingie beraksi dengan cemerlang apabila gol tunggal beliau sudah cukup untuk membantu menumpaskan Sunderland 1-0.

West Ham masih lagi tanpa mata setelah ditumpaskan oleh Bolton 3-1.

Johan Elmander muncul wira Bolton dengan menyumbat dua gol selepas Matthew Upson menjaringkan gol sendiri.

West Ham cuba bangkit melalui sepakan penalti dari Mark Noble tetapi semuanya sudah terlambat.

Tags: , , , , ,

Readers Comments (0)




Join Sokernet.com @ Facebook

Berita Berkaitan

Berita Terkini

Hak Cipta © 2010 Sokernet.com | Portal Bola Sepak Terunggul Di Malaysia.