MANCHESTER City menggunakan sepenuhnya kesempatan jirannya United yang tercicir mata untuk mendekatkan diri dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris Chelsea, selepas mengutip tiga mata hasil kemenangan 3-2 ke atas Blackpool di gelanggang lawan, malam tadi.
Terikat tanpa jaringan pada babak pertama di Bloomfield Road, Carlos Tevez memecah kebuntuan dengan gol pertama pada minit ke-67 tetapi Blackpool menyamakan kedudukan menerusi tandukan Marlon Harewood pada minit ke-78.
Kedudukan itu bagaimanapun tidak kekal lama apabila Tevez kembali meletakkan City di depan seminit kemudian sebelum David Silva memastikan kemenangan selesa dengan jaringan lencong kaki kiri pada minit terakhir walaupun Gary Taylor-Fletcher merapatkan kedudukan pada masa tambahan, memberikan skuad Roberto Mancini kemenangan kali kelima dan melonjakkan mereka ke tangga kedua dengan 17 mata, dua mata di belakang Chelsea yang seri 0-0 dengan Aston Villa, awal pagi Ahad.
Sementara itu, era baru Liverpool di bawah pemilik baru dari Amerika, bermula dengan kekalahan apabila tewas 0-2 kepada jiran Merseyside Everton, yang menghumban gergasi itu ke tangga kedua tercorot.
Pemilik baru, John W Henry dan Tom Werner hadir di Goodison Park tetapi hanya mampu melihat Tim Cahill dan Mikel Arteta membolosi gawang kelab baru mereka dua kali pada minit ke-34 dan 50, untuk menghadiahkan juara Eropah lima kali itu kekalahan keempat daripada lapan perlawanan setakat ini.
Tags: Berita EPL, Blackpool, EPL 2010/2011, Liga Perdana Inggeris, Manchester City, Manchester City vs Blackpool
congrats man city!