PASUKAN Bola sepak bawah 23 tahun kebangsaan mara ke pusingan kedua acara bola sepak lelaki Sukan Asia 2010 apabila Palestin dan Jordan tewas kepada lawan masing-masing bagi saingan Kumpulan C.
Tanpa mengambil kira apa saja keputusan perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang China ketika ini, satu tempat untuk sekurang-kurangnya selaku pasukan tangga ketiga terbaik kumpulan sudah pun terjamin buat pasukan negara.
Palestin dan Jordan masing-masing memungut satu mata dalam kumpulan C manakala pasukan tangga ketiga kumpulan F, Maldives hanya mengumpul dua mata selepas tiga perlawanan.
Tags: Malaysia, Sukan Asia 2010
tahniah malaysia
terbaik..berdepan Iran tue..
Malaysia boleh…
berita baik..
Tahniah Malaysia. Pencapaian terbaik sejak lama dan sebagai juara sukan SEA. Lakukan yang terbaik. Yakin boleh!