SIRI empat kemenangan berturut-turut Liverpool terhenti dengan keputusan seri 1-1 di Wigan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris selepas gol ketiga Fernando Torres dalam tempoh empat hari disaingi jaringan Hugo Rodallega.
Torres yang menjaringkan dua gol melepasi Chelsea Ahad lalu, menemui gawang pada minit ketujuh selepas menerima umpanan cantik Steven Gerrard dan merembat melepasi penjaga gol Ali Al Habsi.
Rodallega menyamakan kedudukan pada minit ke-52.
Keputusan seri itu bemakna Liverpool terlepas peluang untuk naik ke kedudukan lima teratas liga yang beberapa minggu lalu kelihatan agak mustahil ketika ia berada di kedudukan tercorot.
Tags: Berita EPL, EPL 2010/2011, Liga Perdana Inggeris, Liverpool, Wigan