Profil Pasukan: Brazil

June 1, 2010 by · Tulis edit 

TAMPIL dengan status selaku juara terbanyak, Brazil sekali lagi diletakkan sebagai pasukan pilihan pada kempen Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan, 11 Jun ini. [Berita penuh...]

Itali bukan pasukan ‘kuda tua’

May 28, 2010 by · Tulis edit 

PEMAIN pertahanan Itali, Gianluca Zambrotta menafikan dakwaan yang mengatakan skuad The Azzurri dibarisi kelompok pemain-pemain bergelar ‘kuda tua’. [Berita penuh...]

Itali Juara Piala Dunia 2006

May 28, 2010 by · Tulis edit 

ITALI menewaskan Perancis 5-3 menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir Piala Dunia 2006 selepas perlawanan masa sebenar terikat 1-1 untuk bergelar juara dunia buat kali keempat.

Perancis terlebih dahulu mendahului menerusi jaringan penalti Zinedine Zidane minit ketujuh sebelum Marco Materazzi menyamakan kedudukan buat Itali minit ke-19.

Manakala tuan rumah kejohanan, Jerman meraih tempat ketiga selepas menewaskan Portugal 3-1 hasil jaringan Bastian Schweinsteiger pada minit ke-56 dan 78 serta gol sendiri Armando Petit minit ke-60. Nuno Gomes menjaringkan gol tunggal Portugal pada minit ke-88.

Juara 2002, Brazil tersekat di suku akhir apabila tumpas kepada Perancis 0-1 hasil jaringan tunggal Thiery Henry pada minit ke-57.

Itali turut menggondol anugerah Bola Emas apabila pemain pertahanan yang juga ketua pasukan skuad Azzuri itu, Fabio Cannavaro dipilih sebagai Pemain Terbaik kejohanan.

Brazil Juara Piala Dunia 2002

May 28, 2010 by · Tulis edit 

DUA gol jaringan Ronaldo memastikan Brazil bergelar juara Piala Dunia 2002 selepas menewaskan Jerman 2-0 pada aksi final kejohanan edisi ke-17 yang pertama kali dianjurkan di benua Asia.

Kemenangan itu juga menebus kehampaan Brazil yang tewas kepada Perancis pada perlawanan akhir 1998.

Ronaldo menjaringkan gol pertama pada minit ke-67 selepas rembatan jauh Rivaldo gagal ditangkap kemas Oliver Kahn, manakala gol kedua hadir 12 minit selepas itu.

Tuan rumah bersama, Korea Selatan yang mengejutkan ramai pihak selepas berjaya mara ke peringkat separuh akhir tewas 2-3 kepada Turki bagi penentuan tempat ketiga.

Penyerang Brazil, Ronaldo turut memenangi anugerah Kasut Emas selepas muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan lapan gol manakala Oliver Kahn merangkul Pemain Terbaik kejohanan.

Pasukan paling mengecewakan ialah Perancis yang tampil dengan reputasi selaku juara bertahan, namun tersingkir di peringkat kumpulan. Lebih aib Perancis pulang tanpa mampu menjaringkan sebarang gol dan berada di tangga tercorot kumpulan.

Perancis Juara Piala Dunia 1998

May 28, 2010 by · Tulis edit 

PERANCIS muncul pasukan terbaru bergelar juara Piala Dunia apabila menewaskan pasukan pilihan, Brazil pada aksi final 1998 di halaman sendiri dengan Zinedine Zidane muncul watak utama memacu kejayaan tuan rumah.

Zidane menanduk masuk dua kali bola sepakan penjuru pada minit ke-27 dan hujung babak pertama. Gol ketiga Perancis dijaringkan oleh Emmanuel Petit beberapa detik sebelum perlawanan berakhir.

Croatia muncul pasukan tempat ketiga terbaik selepas menewaskan Belanda 2-1.

Penyerang Brazil, Ronaldo muncul pemain terbaik kejohanan manakala penyerang Croatia, Davor meraih anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak dengan enam gol.

Brazil Juara Piala Dunia 1994

May 28, 2010 by · Tulis edit 

BUAT kali keempat dalam sejarah, Brazil muncul juara menewaskan Itali dalam aksi final yang gagal menghasilkan sebarang gol pada masa sebenar perlawanan dan masa tambahan.

Ia adalah kali pertama juara Piala Dunia ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti. Brazil menang 3-2 dalam aksi penentuan yang penuh debaran.

Roberto Baggio, antara bintang yang menyerlah pada kejohanan kali ini antara pemain Itali yang gagal menjaringkan gol.

Penyerang Brazil, Romario muncul pemain terbaik kejohanan yang dianjurkan di Amerika Syarikat ini. Penyerang Bulgaria, Hristo Stoichkov dan penyerang Rusia, Oleg Salenko pula berkongsi anugerah Kasut Emas selepas masing-masing berjaya menjaringkan enam gol sepanjang kejohanan berlangsung.

Argentina Juara Piala Dunia 1986

May 28, 2010 by · Tulis edit 

EDISI Ke-13 di Mexico 1986 menyaksikan kelahiran legenda baru bola sepak dunia apabila muncul watak bernama Diego Armando Maradona memperaga aksi hebat memacu Argentina muncul juara Piala Dunia buat kali kedua selepas menewaskan Jerman Barat 3-2 pada aksi final.

Selepas era Pele berakhir pada 1970, tiada mana-mana pemain sebelum muncul Maradona yang “secara bersendirian” mampu menjulang Piala Dunia yang kemudiannya terpilih sebagai The Player of the Tournament.

Selepas kedudukan terikat 2-2, Maradona mengumpan kepada Jorge Burruchaga untuk menjaringkan gol kemenangan buat Argentina.

Aksi paling kontroversi ialah perlawanan suku akhir antara Argentina dan England yang menyaksikan Maradona menjaringkan dua gol untuk membenam The Three Lions 2-1, termasuk satu gol kontroversi yang dikenali dengan “gol tangan Tuhan”.

Maradona pada akhirnya mengakui beliau menjaringkan gol berkenaan dengan tangannya.

Page 31 of 31« First...1020...2728293031