Algeria
Info Pasukan Algeria
Nama Negara | Republik Algeria |
---|---|
Ibu Negara | Algiers |
Gelaran Pasukan | The Fennecs |
Ketua Jurulatih | Rabah Saadane (Algeria) |
Kapten / Ketua Pasukan | Yazid Mansouri (pemain tengah) |
Ranking FIFA | 30 |
Penampilan Piala Dunia | 3 Kali (1982, 1986, 2010) |
Rekod Terbaik | Pusingan pertama (1982, 1986) |
Kekuatan Pasukan | Disiplin tinggi skuad muda. |
Kelemahan Pasukan | Tiada penyerang kelas dunia. |
Tonggak Utama | Antar Yahia (Vfl Bochum), Karim Ziani (Vfl Wolfsburg) |
Detik Gemilang | Kemenangan ke atas juara bertahan, Jerman Barat pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 1982. |
Sasaran | Menampil aksi terbaik kepada penyokong mereka. |
Carta Kumpulan C
No | Pasukan | P | M | S | K | J | B | + / - | Mt |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | AMERIKA SYARIKAT* | 3 | 1 | 2 | 0 | 4 | 3 | 1 | 5 |
2 | ENGLAND* | 3 | 1 | 2 | 0 | 2 | 1 | 1 | 5 |
3 | Slovenia | 3 | 1 | 1 | 1 | 3 | 3 | 0 | 4 |
4 | Algeria | 3 | 0 | 1 | 2 | 0 | 2 | -2 | 1 |
Jadual Kumpulan C
No | Tarikh (Hari) | Masa | Pasukan | Pasukan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 13-06-2010 (Aha) | 02.30 AM | England | 1 | 1 | Amerika Syarikat |
2 | 13-06-2010 (Aha) | 07.30 PM | Algeria | 0 | 1 | Slovenia |
3 | 18-06-2010 (Jum) | 10.00 PM | Slovenia | 2 | 2 | Amerika Syarikat |
4 | 19-06-2010 (Sab) | 02.30 AM | England | 0 | 0 | Algeria |
5 | 23-06-2010 (Rab) | 10.00 PM | Slovenia | 0 | 1 | England |
6 | 23-06-2010 (Rab) | 10.00 PM | Amerika Syarikat | 1 | 0 | Algeria |
Pasukan Kumpulan C Pilihan Anda Yang Akan Mara Ke Pusingan Kedua?
- England (84%, 56 Votes)
- Amerika Syarikat (31%, 21 Votes)
- Algeria (28%, 19 Votes)
- Slovenia (24%, 16 Votes)
Total Voters: 67
Algeria tidak menaruh harapan tinggi
SEPERTI Slovenia, Algeria juga layak ke pusingan akhir Piala Dunia selepas mengalahkan Mesir dalam satu perlawanan penentuan.
Dan pada ranking ke-30, kedudukan Algeria adalah yang paling rendah dalam Kumpulan C yang didahului oleh England, Amerika Syarikat dan Slovenia.
Mungkinkah salah satu wakil Afrika ini menyerlah dalam Piala Dunia nanti?
Berdasarkan sejarah, keputusan lalu dan skuad yang ditampilkan, susah hendak melihat Algeria melangkah jauh meskipun kalau mengikut teori bola itu bulat, apa sahaja boleh berlaku dalam perlawanan.
Algeria telah dua kali melayakkan diri ke Piala Dunia - 1982 dan 1986 - dan pada kedua-dua penampilan tersebut, mereka gulung tikar selepas pusingan pertama sahaja.
Mereka juga telah dikalahkan oleh Mesir dalam final Piala Negara-Negara Afrika yang lalu.
Algeria akan membuka kempen Piala Dunia mereka menentang Slovenia pada Ahad, 13 Jun.
Untuk mengukur sejauh mana kekuatan Algeria, mereka dibelasah 3-0 oleh Ireland dalam satu perlawanan persiapan pada hujung minggu lalu.
Ireland adalah pasukan yang tidak akan ke Afrika Selatan bulan ini.
Selepas perlawanan itu, jurulatih Algeria, Rabah Saadane, akur bahawa para pemainnya telah dikalahkan dengan teruk dan perlu meningkatkan pesembahan untuk Piala Dunia nanti.
Ireland adalah sebuah pasukan yang kuat. Mereka jauh lebih baik daripada kami dan wajar mendapat tempat di Piala Dunia,” kata Saadane.
“Tetapi England adalah pasukan yang lebih sukar daripada yang kami hadapi. Mereka adalah antara pilihan saya untuk ke final.”
Antara pemain Algeria yang harus diberi perhatian ialah pemain pertahanan, Nadir Belhadj, 27 tahun.
Pada 2007, dia menjaringkan dua gol melalui tendangan bebas ketika Algeria mengalahkan Argentina 4-3 dalam satu perlawanan persahabatan.
SKUAD PIALA DUNIA ALGERIA 2010
**Penjaga Gol** - Lounes Gaouaoui ASO Chlef (ALG) Faouzi Chaouchi ES Setif (ALG) Raid Ouheb M’bolhi Slavia Sofia (BUL) **Pertahanan** - Abdelakder Laifaoui ES Setif (ALG) Madjid Bougherra Rangers FC (SCO) Carl Medjani Ajaccio (FRA) Rafik Halliche Madeira (POR) Antar Yahia Bochum (GER) Habib Belaid Boulogne Sur Mer (FRA) Nadir Belhadj Portsmouth (ENG) Djamel Mesbah Lecce (ITA) **Tengah** - Hassan Yebda Portsmouth (ENG) Medhi Lacen Racing Santander (SPA) Yazid Mansouri Lorient (FRA) Adlene Guidoura Wolverhampton (ENG) Riad Boudebouz Sochaux (FRA) Djamel Abdoun Nantes (FRA) Foued Kadir Valenciennes (FRA) Karim Ziani Wolfsburg (GER) Karim Matmour Borussia Monchengladbach (GER) **Penyerang** - Abdelkader Ghezzal Siena (ITA) Rafik Djebbour AEK Athens (GRE) Rafik Saifi Istres (FRA)