Australia


Info Pasukan Australia

Nama Negara Australia
Ibu Negara Canberra
Gelaran Pasukan Socceroos, Aussies
Ketua Jurulatih Pim Verbeek (Belanda)
Kapten / Ketua Pasukan Lucas Neill (bek)
Ranking FIFA 20
Penampilan Piala Dunia 3 Kali (1974, 2006, 2010)
Rekod Terbaik Pusingan Kedua (2006)
Kekuatan Pasukan Memiliki gerakan teratur dan pertahanan mantap.
Kelemahan Pasukan Tiada penjaring prolifik.
Tonggak Utama Tim Cahill (Everton), Mark Schwarzer (Fulham), Harry Kewell (Galatasaray).
Detik Diingati Kejayaan melangkah ke pusingan kedua Piala Dunia 2006.
Sasaran Melepasi saingan peringkat kumpulan.

Carta Kumpulan D

No Pasukan P M S K J B + / - Mt
1 JERMAN* 3 2 0 1 5 1 4 6
2 GHANA* 3 1 1 1 2 2 0 4
3 Australia 3 1 1 1 3 6 -3 4
4 Serbia 3 1 0 2 2 3 -1 3

Jadual Kumpulan D

No Tarikh (Hari) Masa Pasukan     Pasukan
1 13-06-2010 (Aha) 10.00 PM Serbia 0 1 Ghana
2 14-06-2010 (Isn) 02.30 AM Jerman 4 0 Australia
3 18-06-2010 (Jum) 07.30 PM Jerman 0 1 Serbia
4 19-06-2010 (Sab) 10.00 PM Ghana 1 1 Australia
5 24-06-2010 (Kha) 02.30 AM Ghana 0 1 Jerman
6 24-06-2010 (Kha) 02.30 AM Australia 2 1 Serbia

Pasukan Kumpulan D Pilihan Anda Yang Akan Mara Ke Pusingan Kedua?

  • Jerman (76%, 47 Votes)
  • Ghana (47%, 29 Votes)
  • Australia (35%, 22 Votes)
  • Serbia (8%, 5 Votes)

Total Voters: 62

Loading ... Loading ...

Percubaan ketiga buat Australia

TANDA tanya mengenai tahap kecergasan bintang penyerang, Harry Kewell, menyelubungi persiapan terakhir Australia menghadapi Piala Dunia di Afrika Selatan ini.

Kewell, bekas pemain Leeds United dan Liverpool dan kini bersama kelab Galatasaray di Turki, mengalami kecederaan groin (pangkal paha) dan menerima rawatan intensif.

Jurulatih Pim Verbeek begitu ‘melindungi’ bintang harapannya daripada media yang inginkan kepastian tentang tahap kecergasannya.

Australia, yang membuat penampilan ketiga dalam Piala Dunia, akan berdepan dengan pasukan pilihan, Jerman pada perlawanan pertama pada 13 Jun ini, kemudian Ghana (19 Jun) dan Serbia (24 Jun) dalam Kumpulan D.

Langkah Verbeek ‘merahsiakan’ keadaan sebenar Kewell ini mungkin helah menjadikan tanda tanya kepada pasukan lawan.

Ramai pemerhati bola sepak menjangka Kewell akan diturunkan menentang Jerman meskipun tidak 100 peratus cergas kerana pengalamannya amat diperlukan.

Bagaimanapun, Verbeek mungkin mempunyai idea sebaliknya dengan terus ‘menyimpan’ Kewell bagi memenangi dua perlawanan berikutnya yang akan meletakkannya ke pusingan kedua seperti Piala Dunia 2006 di Jerman.

Australia telah pun memenangi dua perlawanan ujian ke atas New Zealand dan Denmark tanpa Kewell.

Selain Kewell, Brett Emerton, yang bermain dengan kelab Blackburn Rovers dalam Liga Perdana England, masih dihantui kecederaan tetapi pemain midfield Palermo, Mark Bresciano, telah pulih.

Penjaga gawang Mark Schwarzer diharap dapat mengekalkan prestasi cemerlang yang telah membantu kebangkitan Fulham dalam Liga Perdana musim ini dan ke final Liga Eropah musim baru lalu.

Begitu juga dengan pemain midfield Everton Tim Cahill (Everton), Vinca Grella (Blackburn)Richard Garcia (Hull City), Lucas Neill (Galatasaray, Brett Holman (AZ Alkmaar) dan penjaring gol tunggal kemenangan ke atas Denmark, Josh Kenney (Nagoya.

Australia, yang menduduki ranking ke-20 dunia, membawa harapan Asia untuk sekurang-kurangnya ke pusingan kedua.

SKUAD PIALA DUNIA AUSTRALIA 2010

**Penjaga Gol** -
Mark Schwarzer Fulham (ENG)
Brad Jones Middlesbrough (ENG)
Adam Federici Reading (ENG)
**Pertahanan** -
Lucas Neill Galatasaray (TUR)
Scott Chipperfield FC Basel (SUI)
David Carney FC Twente (NED)
Michael Beauchamp Al Jazira (UAE)
Craig Moore Unattached
Mark Milligan JEF United (JPN)
Luke Wilkshire Dinamo Moscow (RUS)
**Tengah** -
Tim Cahill Everton (ENG)
Jason Culina Gold Coast United
Brett Emerton Blackburn Rovers (ENG)
Vince Grella Blackburn Rovers (ENG)
Brett Holman AZ Alkmaar (NED)
Richard Garcia Hull City (ENG)
Mark Bresciano Palermo (ITA)
Carl Valeri Sassuolo Calcio (ITA)
Dario Vidosic FC Nurnberg (GER)
Mile Jedinak Antalyaspor Kubulu (TUR)
**Penyerang** -
Harry Kewell Galatasaray (TUR)
Josh Kennedy Nagoya Grampus (JAP)
Nikita Rukavytsya FC Twente (NED)