Itali
Info Pasukan Itali
Nama Rasmi | Republik Itali |
---|---|
Ibu Negara | Rome |
Gelaran Pasukan | Azzurri |
Ketua Jurulatih | Marcello Lippi (Itali) |
Kapten / Ketua Pasukan | Fabio Cannavaro (pertahanan) |
Ranking FIFA | 5 |
Penampilan Piala Dunia | 17 Kali (1934-1938, 1950-1954, 1962-2010) |
Rekod Terbaik | Juara 4 kali (1934, 1938, 1982, 2006) |
Kekuatan Pasukan | Kekuatan secara kolektif dan gandingan mantap bahagian benteng. |
Kelemahan Pasukan | Tidak memiliki penyerang bertaraf dunia. |
Tonggak Utama | Gianluigi Buffon (Juventus), Alberto Aquilani (Liverpool), Andrea Pirlo (AC Milan) |
Detik Gemilang | Mengalahkan pasukan terbaik dunia, Brazil dalam laluan menjuarai Piala Dunia 1982 di Sepanyol. |
Sasaran | Mara ke Final. |
Carta Kumpulan F
No | Pasukan | P | M | S | K | J | B | + / - | Mt |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | PARAGUAY* | 3 | 1 | 2 | 0 | 3 | 1 | 2 | 5 |
2 | SLOVAKIA* | 3 | 1 | 1 | 1 | 4 | 5 | -1 | 4 |
3 | New Zealand | 3 | 0 | 3 | 0 | 2 | 2 | 0 | 3 |
4 | Itali | 3 | 0 | 2 | 1 | 4 | 5 | -1 | 2 |
Jadual Kumpulan F
No | Tarikh (Hari) | Masa | Pasukan | Pasukan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 15-06-2010 (Sel) | 02.30 AM | Itali | 1 | 1 | Paraguay |
2 | 15-06-2010 (Sel) | 07.30 PM | New Zealand | 1 | 1 | Slovakia |
3 | 20-06-2010 (Aha) | 07.30 PM | Slovakia | 0 | 2 | Paraguay |
4 | 20-06-2010 (Aha) | 10.00 PM | Itali | 1 | 1 | New Zealand |
5 | 24-06-2010 (Kha) | 10.00 PM | Slovakia | 3 | 2 | Itali |
6 | 24-06-2010 (Kha) | 10.00 PM | Paraguay | 0 | 0 | New Zealand |
Pasukan Kumpulan F Pilihan Anda Yang Akan Mara Ke Pusingan Kedua?
- Paraguay (75%, 43 Votes)
- Itali (72%, 41 Votes)
- New Zealand (18%, 10 Votes)
- Slovakia (9%, 5 Votes)
Total Voters: 57
Itali mahu ulangi kecemerlangan 2006
Penyerang AC Milan, Marco Borriello dan penggempur Villarreal, Giuseppe Rossi diketepikan oleh Marcello Lippi dalam senarai akhir 23 pemain skuad Itali ke Afrika Selatan.
Sebaliknya, Lippi memberi kejutan kepada peramal bola sepak dunia apabila menyenaraikan Fabio Quagliarella dalam pasukan Piala Dunia Itali bagi menggantikan dua pemain ternama tersebut.
Turut digugurkan adalah penjaga gol; Salvatore Sirigu, pemain pertahanan; Mattia Cassani dan pemain tengah; Andrea Cossu, yang sebelum ini tersenarai dalam skuad 28 pemain.
Pemain sayap, Mauro Camoranesi, yang merupakan salah seorang daripada pemain Itali menjulang Piala Dunia 2006, dipilih untuk menyertai kejohanan kali ini.
Biarpun Camoranesi menarik diri daripada menyertai latihan pasukan kebangsaan pada altitud tinggi, ekoran masalah kecederaan lutut, namun khidmatnya masih diperlukan dalam skuad itu.
Dia boleh ditukar sebelum bermulanya kejohanan tersebut, jika masih dibelenggu dengan kecederaan.
Namun, pemeriksaan awal mendapati kecederaan yang dialaminya tidak serius.
Juara bertahan itu masih mempunyai dua perlawanan persahabatan terakhir minggu ini.
Itali akan berdepan Mexico dan Switzerland, 5 Jun.
Perlawanan pertama Itali pada pusingan akhir Piala Dunia adalah menentang Paraguay di Cape Town, 14 Jun, sebelum bertemu New Zealand dan Slovakia.
Lippi, yang akan bersara selepas Piala Dunia 2010 dan digantikan oleh bos Fiorentina, Cesare Prandelli dilihat menanti sehingga jam terakhir untuk menamakan pasukan pilihannya.
Borriello, yang mudah mendapat kecederaan dilihat telah mencapai kejayaan sempurna di Milan, di samping menghasilkan beberapa jaringan yang mengkagumkan.
Sementara itu, Rossi merupakan pemain serba boleh, kerana dia boleh beraksi di semua posisi di bahagian depan.
SKUAD PIALA DUNIA ITALI 2010
**Penjaga Gol** - Gianluigi Buffon Juventus Morgan De Sanctis Napoli Federico Marchetti Cagliari **Pertahanan** - Fabio Cannavaro Juventus Giorgio Chiellini Juventus Gianluca Zambrotta AC Milan Domenico Criscito Genoa Christian Maggio Napoli Salvatore Bocchetti Genoa Leonardi Bonucci Bari **Tengah** - Gennaro Gattuso AC Milan Andrea Pirlo AC Milan Mauro Camoranesi Juventus Daniele De Rossi Roma Angelo Palombo Sampdoria Simone Pepe Udinese Riccardo Montolivo Fiorentina Claudio Marchisio Juventus **Penyerang** - Alberto Gilardino Fiorentina Vincenzo Iaquinta Juventus Antonio Di Natale Udinese Fabio Quagliarella Napoli Giampaolo Pazzini Sampdoria