Nigeria


Info Pasukan Nigeria

Nama Rasmi Republik Nigeria
Ibu Negara Abuja
Gelaran Pasukan Super Eagles
Ketua Jurulatih Lars Lagerback (Sweden)
Kapten / Ketua Pasukan Nwankwo Kanu (pemain tengah)
Ranking FIFA 21
Penampilan Piala Dunia 4 Kali (1994, 1998, 2002, 2010)
Rekod Terbaik Pusingan kedua (1994, 1998)
Kekuatan Pasukan Taktik menyerang yang hebat.
Kelemahan Pasukan Pertahanan dan bahagian tengah kurang konsisten.
Tonggak Utama Obafemi Martins (Wolfsburg), Aiyegbeni Yakubu (Everton), John Obi Mikel (Chelsea).
Detik Gemilang Pasukan Afrika pertama menjuarai emas bola sepak Olimpik pada 1996.
Sasaran Melepasi peringkat kumpulan.

Carta Kumpulan B

No Pasukan P M S K J B + / - Mt
1 ARGENTINA* 3 3 0 0 7 1 6 9
2 KOREA SELATAN* 3 1 1 1 5 6 -1 4
3 Greece 3 1 0 2 2 5 -3 3
4 Nigeria 3 0 1 2 3 5 -2 1

Jadual Kumpulan B

No Tarikh (Hari) Masa Pasukan     Pasukan
1 12-06-2010 (Sab) 07.30 PM Korea Selatan 2 0 Greece
2 12-06-2010 (Sab) 10.00 PM Argentina 1 0 Nigeria
3 17-06-2010 (Kha) 07.30 PM Argentina 4 1 Korea Selatan
4 17-06-2010 (Kha) 10.00 PM Greece 2 1 Nigeria
5 23-06-2010 (Rab) 02.30 AM Nigeria 2 2 Korea Selatan
6 23-06-2010 (Rab) 02.30 AM Greece 0 2 Argentina

Pasukan Kumpulan B Pilihan Anda Yang Akan Mara Ke Pusingan Kedua?

  • Argentina (89%, 67 Votes)
  • Korea Selatan (67%, 50 Votes)
  • Greece (4%, 3 Votes)
  • Nigeria (3%, 2 Votes)

Total Voters: 75

Loading ... Loading ...

Nigeria hasrat lakar kejutan di Afrika

APA yang menjadi masalah besar kepada perjuangan Nigeria dalam Piala Dunia 2010 ialah berlakunya pertukaran jurulatih pasukan tersebut.

Gara-gara sekadar menduduki tempat ketiga dalam Piala Negara-Negara Afrika pada Januari lalu, jurulatihnya, Shaibu Amodu, dipecat.

Kini tugas itu diserahkan kepada Lars Lagerback, jurulatih dari Sweden yang dilantik pada Februari lalu dan beliau hanya mempunyai lima bulan untuk membuat segala persiapan menghadapi Piala Dunia ini.

Tentunya, lima bulan adalah masa yang suntuk. Tambahan pula, Nigeria tidak lagi memiliki para pemain berpengalaman seperti Sunday Oliseh dan Jay-Jay Okocha.

Namun begitu, rata-rata pemain Nigeria bermain di luar negeri dan ini bermakna mereka mempunyai pendedahan dalam pertandingan-pertandingan yang berkualiti.

Pemain penyerang seperti Aiyegbeni Yakubu menyarung jersi Everton manakala Obafemi Martin dari kelab Wolfburg dalam Bundesliga Jerman.

Tetapi apakah peluang Nigeria dalam kejohanan ini?

“Kami mempunyai kualiti untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati,” kata Lagerback.

Dari segi kebolehan teknikal, para pemain Nigeria tiada kurangnya jika dibandingkan sesetengah pasukan yang bersaing dalam pertandingan ini.

Dan beraksi di benuanya sendiri bermakna Nigeria akan mempunyai kelebihan dari segi sokongan moral penonton-penonton setempat.

Dengan Lagerback mempunyai pengalaman yang luas sebagai jurulatih Sweden, tidak mustahil Nigeria mencatatkan kejutan dalam pertandingan ini.

Beliau menerapkan permainan ala pasukan Brazil yang menuntut setiap pemainnya saling bantu-membantu, bekerja keras dan bermain mengikut arahan.

SKUAD PIALA DUNIA NIGERIA 2010

Penjaga Gol -
Vincent Enyeama Hapoel Tel Aviv (ISR)
Dele Ayenugba Beni Yehuda (ISR)
Austin Ejide Hapoel Petah Tikvah (ISR)
Pertahanan -
Taye Taiwo Marseille (FRA)
Joseph Yobo Everton (ENG)
Danny Shittu Bolton Wanderers (ENG)
Elderson Echiejile Rennes (FRA)
Ayodele Adeleye Sparta Rotterdam (NED)
Chidi Odiah CSKA Moscow (RUS)
Rabiu Afolabi SV Salzburg (AUS)
Tengah -
Nwankwo Kanu Portsmouth (ENG)
Dickson Etuhu Fulham (ENG)
Mikel John Obi Chelsea (ENG)
Sani Kaita Alanya (RUS)
Yusuf Ayila Dynamo Kiev (UKR)
Kalu Uche Almeria (SPA)
Haruna Lukman Monaco (FRA)
Penyerang -
Aiyegbeni Yakubu Everton (ENG)
Chinedu Obasi Hoffenheim (GER)
Obafemi Martins Wolfsburg (GER)
Obinna Nsofor Malaga (SPA)
John Utaka Portsmouth (ENG)
Osaze Odemwingie Lokomotiv (RUS)