Denmark


Info Pasukan Denmark

Nama Rasmi Denmark
Ibu Negara Copenhagen
Gelaran Pasukan Danish Dynamite
Ketua Jurulatih Morten Olsen (Denmark)
Kapten / Ketua Pasukan Jon Dahl Tomasson (penyerang)
Ranking FIFA 36
Penampilan Piala Dunia 4 Kali (1986, 1998, 2002, 2010)
Rekod Terbaik Suku Akhir (1998)
Kekuatan Pasukan Sebuah pasukan yang kuat secara kolektif.
Kelemahan Pasukan Tidak mempunyai banyak pilihan jentera serangan
Tonggak Utama Nicklas Bendtner (Arsenal), Thomas Sorensen (Stoke City)
Detik Gemilang Juara Eropah (EURO 1992)
Sasaran Layak ke suku akhir.

Carta Kumpulan E

No Pasukan P M S K J B + / - Mt
1 BELANDA* 3 3 0 0 5 1 4 9
2 JEPUN* 3 2 0 1 4 2 2 6
3 Denmark 3 1 0 2 3 6 -3 3
4 Cameroon 3 0 0 3 2 5 -3 0

Jadual Kumpulan E

No Tarikh (Hari) Masa Pasukan     Pasukan
1 14-06-2010 (Isn) 07.30 PM Belanda 2 0 Denmark
2 14-06-2010 (Isn) 10.00 PM Jepun 1 0 Cameroon
3 19-06-2010 (Sab) 07.30 PM Belanda 1 0 Jepun
4 20-06-2010 (Aha) 02.30 AM Cameroon 1 2 Denmark
5 25-06-2010 (Jum) 02.30 AM Denmark 1 3 Jepun
6 25-06-2010 (Jum) 02.30 AM Cameroon 1 2 Belanda

Pasukan Kumpulan E Pilihan Anda Yang Akan Mara Ke Pusingan Kedua?

  • Belanda (92%, 65 Votes)
  • Jepun (39%, 28 Votes)
  • Denmark (25%, 18 Votes)
  • Cameroon (10%, 7 Votes)

Total Voters: 71

Loading ... Loading ...

Kemampuan Denmark tidak boleh diperkecilkan

TIDAK ramai terfikir Denmark akan melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2010. Dianggap sebagai pasukan yang paling kurang pengalaman sejak 30 tahun lalu, Denmark muncul sebagai juara dalam kelayakan Kumpulan Satu Eropah dengan mengenepikan Portugal yang mempunyai pemain seperti Cristiano Ronaldo di tangga kedua.

Kini, yang menjadi tanda tanya apakah peluang Denmark dalam pertandingan itu nanti?

Kalau ditanya jurulatihnya, Morten Olson, yang telah memimpin pasukan ini sejak Julai 2000, matlamat pertama ialah untuk mengatasi cabaran pusingan kumpulan.

‘Untuk sebuah negara kecil seperti Denmark, pencapaian itu adalah sungguh membanggakan. Tetapi jika kami melayakkan diri ke peringkat suku akhir, ia sudah pasti pencapaian yang mengagumkan. Tetapi saya tidak memikirkan lebih daripada peringkat itu,’ jelas Olson.

Untuk mengatasi halangan pusingan kumpulan, Denmark akan bergantung kepada penjaga gawang, Thomas Sorenson (Stoke City); dua pemain pertahanan, Daniel Agger (Liverpool) dan Simon Kjaer (Palermo); pemain midfield, Christian Poulsen (Juventus) dan dua tenaga penggempur, Nicklaus Bendtner (Arsenal) dan Jon Dahl Tomasson (Feyenoord) untuk menyerlah dalam setiap perlawanan di peringkat kumpulan.

Sebagai jurulatih, Olson tahu keputusan perlawanan bukan sahaja ditentukan oleh kecemerlangan pemain tetapi juga kecuaian pemain dan kesilapan pengadil.

Kesilapan pemain dan pengadil boleh membantu pasukan ataupun membawa padah kepada pasukan,’ Olson memberitahu. Tetapi jika Denmark dapat memperlihatkan tahap persembahan dalam pusingan kelayakan dengan hanya kalah sekali daripada 10 perlawanannya, pasukan itu mempunyai keupayaan melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

Siapa tahu, Denmark akan melangkah lebih jauh daripada itu?

Sebab, siapa terfikir Denmark yang mengambil alih tempat Yugoslavia pada minit-minit terakhir Kejohanan Eropah 1992, telah muncul sebagai juaranya.

Dalam bola sepak, semuanya boleh berlaku atas nama kejutan.

SKUAD PIALA DUNIA DENMARK 2010

**Penjaga Gol** -
Thomas Sorensen Stoke City (ENG)
Stephan Andersen Brondby
Jesper Christiansen Copenhagen
**Pertahanan** -
William Kvist Copenhagen
Lars Jacobsen Blackburn Rovers (ENG)
Simon Kjaer Palermo (ITA)
Per Kroldrup Fiorentina (ITA)
Daniel Agger Liverpool (ENG)
Patrick Mtiliga Malaga (ESP)
Simon Poulsen AZ (NED)
**Tengah** -
Martin Jorgensen Aarhus
Christian Poulsen Juventus (ITA)
Daniel Jensen Werder Bremen (GER)
Jakob Poulsen Aarhus
Thomas Kahlenberg Wolfsburg (GER)
Thomas Enevoldsen Groningen (NED)
Christian Eriksen Ajax (NED)
Mikkel Beckmann Randers
**Penyerang** -
Jon Dahl Tomasson Feyenoord
Soren Larsen Duisburg (GER)
Jesper Gronkjaer Copenhagen
Dennis Rommedahl Ajax (NED)
Nicklas Bendtner Arsenal (ENG)