Argentina Juara Piala Dunia 1986

May 28, 2010 by · Tulis komen 

EDISI Ke-13 di Mexico 1986 menyaksikan kelahiran legenda baru bola sepak dunia apabila muncul watak bernama Diego Armando Maradona memperaga aksi hebat memacu Argentina muncul juara Piala Dunia buat kali kedua selepas menewaskan Jerman Barat 3-2 pada aksi final.

Selepas era Pele berakhir pada 1970, tiada mana-mana pemain sebelum muncul Maradona yang “secara bersendirian” mampu menjulang Piala Dunia yang kemudiannya terpilih sebagai The Player of the Tournament.

Selepas kedudukan terikat 2-2, Maradona mengumpan kepada Jorge Burruchaga untuk menjaringkan gol kemenangan buat Argentina.

Aksi paling kontroversi ialah perlawanan suku akhir antara Argentina dan England yang menyaksikan Maradona menjaringkan dua gol untuk membenam The Three Lions 2-1, termasuk satu gol kontroversi yang dikenali dengan “gol tangan Tuhan”.

Maradona pada akhirnya mengakui beliau menjaringkan gol berkenaan dengan tangannya.