Portugal


Info Pasukan Portugal

Nama Negara Republik Portugal
Ibu Negara Lisbon
Gelaran Pasukan Seleccao dan Quinas
Ketua Jurulatih Carlos Queiroz
Kapten / Ketua Pasukan Cristiano Ronaldo (penyerang)
Ranking FIFA 3
Penampilan Piala Dunia 5 Kali (1966, 1986, 2002-2010)
Rekod Terbaik Separuh Akhir (1966, 2006)
Kekuatan Pasukan Pertahanan yang cukup kukuh.
Kelemahan Pasukan Ketumpulan barisan depan.
Tonggak Utama Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Nani (Manchester United), Ricardo Carvalho (Chelsea)
Detik Gemilang Piala Dunia 1966.
Sasaran Mengulangi pencapaian 2006.

Carta Kumpulan G

No Pasukan P M S K J B + / - Mt
1 BRAZIL* 3 2 1 0 5 2 3 7
2 PORTUGAL* 3 1 2 0 7 0 7 5
3 Ivory Coast 3 1 1 1 4 3 1 4
4 Korea Utara 3 0 0 3 1 12 -11 0

Jadual Kumpulan G

No Tarikh (Hari) Masa Pasukan     Pasukan
1 15-06-2010 (Sel) 10.00 PM Ivory Coast 0 0 Portugal
2 16-06-2010 (Rab) 02.30 AM Brazil 2 1 Korea Utara
3 21-06-2010 (Isn) 02.30 AM Brazil 3 1 Ivory Coast
4 21-06-2010 (Isn) 07.30 PM Portugal 7 0 Korea Utara
5 25-06-2010 (Jum) 10.00 PM Portugal 0 0 Brazil
6 25-06-2010 (Jum) 10.00 PM Korea Utara 0 3 Ivory Coast

Pasukan Kumpulan G Pilihan Anda Yang Akan Mara Ke Pusingan Kedua?

  • Brazil (93%, 103 Votes)
  • Portugal (44%, 49 Votes)
  • Ivory Coast (17%, 19 Votes)
  • Korea Utara (6%, 7 Votes)

Total Voters: 111

Loading ... Loading ...

Ronaldo pikul harapan besar Portugal

JURULATIH Carlos Queiroz pernah menyatakan Cristiano Ronaldo mampu membawa kejayaan Portugal dalam Piala Dunia 2010 ini.

“Cristiano adalah juara dan sebagai pemain, beliau adalah seorang superman,” pengurus Portugal itu dipetik oleh akhbar Daily Star.

“Dari segi pendekatan mental terhadap permainan, beliau begitu gagah dan konfiden. Inilah yang dimilikinya sejak saya bersama beliau ketika berusia 18 tahun.”

Kata-kata bekas penolong kepada Sir Alex Ferguson di Manchester United itu mungkin lebih berbaur emosi dan ini dapat dilihat daripada prestasi pemain termahal dunia ini dalam dua perlawanan ujian baru-baru ini.

Portugal disekat 0-0 oleh Cape Verde dan meskipun anak didik Quieroz menewaskan Cameroon 3-1, Ronaldo gagal menyerlah dan bintang Real Madrid ini mempunyai peluang terakhir sebelum memulakan kempen Piala Dunia apabila menentang Mozambique esok.

Portugal, yang menduduki ranking ketiga dunia, menjadi pilihan bersama Brazil untuk mara antara 16 pasukan terakhir dengan mengatasi dua saingan mereka dalam Kumpulan G – Ivory Coast dan Korea Utara.

Portugal mempunyai cukup pemain berpengalaman untuk memenuhi matlamat awal ini dengan dua bintang Chelsea, Ricardo Carvalho dan Paulo Ferreira, bersama Bruno Alves – masing-masing telah mewakili negaranya sebanyak 62, 61 dan 30 kali – menjadi tunggak pertahanannya.

Seorang lagi pemain Chelsea, Deco, dan Tiago dari Juventus akan mengendalikan jentera midfield, dan Portugal mempunyai pilihan meletakkan bintang pertahanan Real Madrid, Pepe, di bahagian midfield jika beliau cergas sepenuhnya.

Tidak dapat dinafikan Ronaldo menjadi harapan menajamkan serangan dan mendapatkan gol, dengan bekas rakan sepasukan Manchester United, Nani, dan Simao Sabrosa dari Atletico Madrid membantunya.

Portugal juga mempunyai satu senjata sulit, Liedson, penyerang Sporting Lisbon yang telah menyumbatkan tiga gol selepas tujuh kali tampil bersana pasukan negaranya.

Gadingan Ronaldo, Nani dan Simao telah menyumbangkan 50 gol – masing-masing 22, tujuh dan 21 gol – dan ini cukup untuk menggerunkan pertahanan lawan.

Simao, 30 tahun, yang merupakan pemain veteran dalam skuad Portugal, belum bersedia untuk memandang jauh, sebaliknya berkata:

“Yang penting ialah melepasi pusingan kumpulan. Kami sedar ia sukar tetapi gabungan pemain muda dan berpengalaman kami mampu mencapai matlamat awal ini.”

Ini merupakan penampilan Portugal yang kelima dalam Piala Dunia dan pencapaian terbaiknya ialah menduduki tempat ketiga di England pada 1966.

Jadi tidak hairan anak buah Queiroz mahu sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian terbaik itu.

Jika Ronaldo berjaya menunjukkan potensi sebenarnya, matlamat ini tidak mustahil.

SKUAD PIALA DUNIA PORTUGAL 2010

**Penjaga Gol** -
Eduardo Sporting de Braga
Daniel Fernandes Iraklis (GRE)
Beto FC Porto
**Pertahanan** -
Miguel Valencia (ENG)
Ricardo Costa Lille (FRA)
Paulo Ferreira Chelsea (ENG)
Ricardo Carvalho Chelsea (ENG)
Bruno Alves FC Porto
Rolando FC Porto
Pepe Real Madrid (ESP)
**Tengah** -
Fabio Coentrao SL Benfica
Duda Malaga (ESP)
Pedro Mendes Sporting CP
Tiago Juventus (ITA)
Deco Chelsea (ENG)
Raul Meireles FC Porto
Miguel Veloso Sporting CP
Simao Sabrosa Atletico Madrid (ESP)
Danny Zenit St. Petersburg (RUS)
Nani
Manchester United (ENG)
**Penyerang** -
Cristiano Ronaldo Real Madrid (ESP)
Liedson Sporting CP
Hugo Almeida Werder Bremen (GER)