New Zealand
Info Pasukan New Zealand
Nama Rasmi | New Zealand |
---|---|
Ibu Negara | Wellington |
Gelaran Pasukan | All Whites |
Ketua Jurulatih | Ricki Herbert (New Zealand) |
Ranking FIFA | 78 |
Penampilan Piala Dunia | 2 Kali (1982, 2010) |
Rekod Terbaik | Pusingan Pertama (1982) |
Kekuatan Pasukan | Fizikal pemain yang tinggi. |
Kelemahan Pasukan | Pasukan paling lemah dari segi teknikal. |
Tonggak Utama | Ryan Nelsen (Blackburn), Chris Killen (Celtic) |
Detik Gemilang | Memerlukan jaringan lima gol untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia 1982 menentang Arab Saudi. Mereka berjaya melakukannya. |
Sasaran | Beraksi terbaik peringkat kumpulan. |
Carta Kumpulan F
No | Pasukan | P | M | S | K | J | B | + / - | Mt |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | PARAGUAY* | 3 | 1 | 2 | 0 | 3 | 1 | 2 | 5 |
2 | SLOVAKIA* | 3 | 1 | 1 | 1 | 4 | 5 | -1 | 4 |
3 | New Zealand | 3 | 0 | 3 | 0 | 2 | 2 | 0 | 3 |
4 | Itali | 3 | 0 | 2 | 1 | 4 | 5 | -1 | 2 |
Jadual Kumpulan F
No | Tarikh (Hari) | Masa | Pasukan | Pasukan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 15-06-2010 (Sel) | 02.30 AM | Itali | 1 | 1 | Paraguay |
2 | 15-06-2010 (Sel) | 07.30 PM | New Zealand | 1 | 1 | Slovakia |
3 | 20-06-2010 (Aha) | 07.30 PM | Slovakia | 0 | 2 | Paraguay |
4 | 20-06-2010 (Aha) | 10.00 PM | Itali | 1 | 1 | New Zealand |
5 | 24-06-2010 (Kha) | 10.00 PM | Slovakia | 3 | 2 | Itali |
6 | 24-06-2010 (Kha) | 10.00 PM | Paraguay | 0 | 0 | New Zealand |
Pasukan Kumpulan F Pilihan Anda Yang Akan Mara Ke Pusingan Kedua?
- Paraguay (75%, 43 Votes)
- Itali (72%, 41 Votes)
- New Zealand (18%, 10 Votes)
- Slovakia (9%, 5 Votes)
Total Voters: 57
New Zealand kembali selepas 29 tahun
NEW Zealand merupakan pasukan paling lemah dalam Kumpulan F. Ini adalah kali kedua mereka tampil dalam pusingan akhir Piala Dunia, kali pertama pada 1982.
Menduduki ranking ke-78 dunia, New Zealand tidak dijangka dapat melepasi peringkat kumpulan. Mungkin satu pencapaian yang baik buat mereka jika mereka tidak menamatkan perlawanan peringkat kumpulan di tangga corot.
Selain tuan rumah Afrika Selatan, New Zealand juga dilihat sebagai pasukan kedua yang mempunyai laluan sukar ke pusingan akhir.
Di peringkat kumpulan, mereka hanya berdepan dengan New Caledonia, Fiji dan Vanuatu. Mereka kemudian mengetepikan Bahrain dalam perlawanan penentuan.
Dalam beberapa perlawanan persahabatan sebagai persiapan ke Afrika Selatan, mereka kalah 2-0 kepada Mexico, kalah 1-2 kepada Australia, mengatasi Serbia 1-0 dan yang terbaru, kalah 1-3 kepada Slovenia.
Dalam penampilan pertama mereka di Piala Dunia 1982, mereka dibelasah 5-2 oleh Scotland, tewas 3-0 kepada Soviet Union dan 4-0 kepada Brazil.
Antara pemain mereka yang terkenal ialah Ryan Nelsen, pemain pertahanan yang beraksi untuk kelab Liga Perdana, Blackburn Rovers. Dia dianggap sebagai pemain terbaik negara itu sejak Wynton Rufer.
Seorang lagi pemain New Zealand yang beraksi di England ialah Chris Killen, penyerang Middlesbrough yang telah mewakili negaranya sebanyak 36 kali dan menjaringkan 17 gol.
Dua lagi yang bermain di England ialah Chris Wood, penyerang West Bromwich Albion, dan Rory Fallon, penyerang Plymouth Argyle.
SKUAD PIALA DUNIA NEW ZEALAND 2010
**Penjaga Gol** - James Bannatyne Team Wellington Glen Moss Melbourne Victory (AUS) Mark Paston Wellington Phoenix **Pertahanan** - Andy Boyens New York Red Bulls (USA) Tony Lochhead Wellington Phoenix Ryan Nelsen Blackburn Rovers (ENG) Winston Reid FC Midtjylland (DEN) Ben Sigmund Wellington Phoenix Tommy Smith Ipswich Town (ENG) Ivan Vicelich Auckland City **Tengah** - Andy Barron Team Wellington Leo Bertos Wellington Phoenix Jeremy Brockie Newcastle Jets (AUS) Tim Brown Wellington Phoenix) Jeremy Christie Tampa Bay Rowdies (USA) Aaron Clapham Canterbury United Simon Elliott Unattached Michael McGlinchey Central Coast Mariners (AUS) David Mulligan Unattached **Penyerang** - Rory Fallon Plymouth Argyle (ENG) Chris Killen Middlesbrough (ENG) Shane Smeltz Gold Coast (AUS) Chris Wood West Bromwich Albion (ENG)