Belanda


Info Pasukan Belanda

Nama Rasmi Netherlands
Ibu Negara Amsterdam
Gelaran Pasukan The Oranje
Ketua Jurulatih Bert van Marwijk (Belanda)
Kapten / Ketua Pasukan Giovanni van Bronckhorst (pertahanan)
Ranking FIFA 4
Penampilan Piala Dunia 9 Kali (1934-1938, 1974-1978, 1990-1998, 2006-2010)
Rekod Terbaik Naib Juara (1974, 1978)
Kekuatan Pasukan Barisan penyerang berkaliber dan bertaraf dunia
Kelemahan Pasukan Bahagian pertahanan.
Tonggak Utama Wesley Sneijder (Inter Milan), Robin van Persie (Arsenal), Arjen Robben (Bayern Munich), Mark Van Bommel (Bayern Munich)
Detik Gemilang Juara Eropah (EURO 1988)
Sasaran Melepasi peringkat suku akhir.

Carta Kumpulan E

No Pasukan P M S K J B + / - Mt
1 BELANDA* 3 3 0 0 5 1 4 9
2 JEPUN* 3 2 0 1 4 2 2 6
3 Denmark 3 1 0 2 3 6 -3 3
4 Cameroon 3 0 0 3 2 5 -3 0

Jadual Kumpulan E

No Tarikh (Hari) Masa Pasukan     Pasukan
1 14-06-2010 (Isn) 07.30 PM Belanda 2 0 Denmark
2 14-06-2010 (Isn) 10.00 PM Jepun 1 0 Cameroon
3 19-06-2010 (Sab) 07.30 PM Belanda 1 0 Jepun
4 20-06-2010 (Aha) 02.30 AM Cameroon 1 2 Denmark
5 25-06-2010 (Jum) 02.30 AM Denmark 1 3 Jepun
6 25-06-2010 (Jum) 02.30 AM Cameroon 1 2 Belanda

Pasukan Kumpulan E Pilihan Anda Yang Akan Mara Ke Pusingan Kedua?

  • Belanda (92%, 65 Votes)
  • Jepun (39%, 28 Votes)
  • Denmark (25%, 18 Votes)
  • Cameroon (10%, 7 Votes)

Total Voters: 71

Loading ... Loading ...

Belanda dilimpahi pemain kelas dunia

BELANDA adalah pasukan pertama Eropah yang melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 dengan memenangi kesemua lapan perlawanannya.

Berbanding pasukan Sepanyol, Brazil dan juga England, tidak ramai di kalangan peminat bola sepak yang menyebut Belanda mampu menjadi juara Piala Dunia 2010. Ini boleh difahami dan ia ada kaitan dengan sejarah pasukan itu dalam pertandingan ini.

Pertama, pasukan Belanda hanya bernafas sekadar ke pusingan kedua pada temasya 2006. Dan, pada edisi 2002 pula, Belanda terus gagal melayakkan diri ke pusingan akhir.

Jadi, di kalangan peminat Belanda, mereka masih berhati-hati apakah pasukan negara itu mampu mencabar pasukan bereputasi seperti Sepanyol dan Brazil dalam usaha melangkah lebih jauh.

Jika dilihat keupayaan Belanda dalam pusingan kelayakan, ia sungguh mengagumkan. Beraksi dalam Kumpulan Sembilan Eropah, Belanda telah memenangi kesemua lapan perlawanannya dengan menyumbatkan 17 gol.

Mungkin ada orang bertanya, seterunya dalam pusingan kelayakan - Norway, Scotland, Macedonia dan Iceland - adalah pasukan yang sederhana sahaja.

Barangkali ada kebenarannya. Tetapi bagaimana dengan perlawanan-perlawanan ujiannya?

Belanda seri 2-2 dengan England; seri 0-0 dengan Australia; seri 0-0 dengan juara bertahan, Itali; kemudian mengalahkan Amerika Syarikat dan Mexico dengan keputusan yang sama, 2-1; membenam Ghana 4-1 dan terakhir membelasah Hungary 6-1.

Jadi, apakah kesimpulannya? Ia bererti pasukan Belanda wajar diberikan perhatian dalam pertandingan ini.

“Setiap orang tahu kami boleh bermain dengan baik. Kami mempunyai antara pemain midfield kreatif terbaik dalam dunia. Selain itu, kami juga mempunyai sesuatu yang istimewa iaitu semangat untuk memenangi perlawanan,” kata Van Marwijk yang mula memimpin Belanda pada 2008, bak satu amaran kepada seterunya.

Apakah Piala Dunia 2010 akan menjadi milik Belanda?

“Kenapa tidak,” ujar Van Marwijk yang seharusnya mempunyai keyakinan dengan kebolehannya, juga para pemainnya.

Pertama, Van Marwjik yang akan terus menggunakan susunan permainan 4-5-1 seperti telah mempunyai kesebelasan utamanya yang mantap.

Kedua, Belanda mempunyai tenaga pemain midfield kelas dunia seperti Mark Van Bommel (Bayern Munich) dan Wesley Sneijder (Inter Milan).

Ketiga, Belanda boleh berbangga mempunyai tenaga-tenaga penggempur seperti Robin van Persie (Arsenal), Arjen Robben (Bayern Munich) dan Dirk Kuyt (Liverpool).

“Kami tahu kami boleh mengalahkan sebarang pasukan dan matlamat kami dalam Piala Dunia bukan untuk memenangi satu dua perlawanan tetapi menjuarai pertandingan tersebut,” tambah Van Marwijk.

Ia bukan suara keangkuhan kerana Belanda juga mempunyai kualiti dalam pasukannya tetapi mampukah pasukan itu menyerlah seperti dalam pusingan kelayakan?

Perlawanan pembukaannya menentang Denmark pada 14 Jun ini akan memberikan sekilas gambaran tentang peluangnya nanti.

SKUAD PIALA DUNIA BELANDA 2010

**Penjaga Gol** -
Maarten Stekelenburg Ajax (NED)
Michel Vorm Utrecht (NED)
Sander Boschker FC Twente (NED)
**Pertahanan**
Gregory van der Wiel Ajax (NED)
Khalid Boulahrouz Stuttgart (GER)
John Heitinga Everton (ENG)
Joris Mathijsen Hamburger SV (GER)
Giovanni van Bronckhorst Feyenoord (NED)
Edson Braafheid Bayern Munich (GER)
Andre Ooijer PSV (NED)
**Tengah** -
Demy de Zeeuw Ajax (NED)
Wesley Sneijder Inter Milan (ITA)
Rafael van der Vaart Real Madrid (ESP)
Ibrahim Afellay PSV (NED)
Mark van Bommel Bayern Munich (GER)
Nigel de Jong Manchester City (ENG)
Stijn Schaars AZ Alkmaar (NED)
**Penyerang** -
Arjen Robben Bayern Munich (GER)
Dirk Kuyt Liverpool (ENG)
Klaas-Jan Huntelaar AC Milan (ITA)
Robin van Persie Arsenal (ENG)
Ryan Babel Liverpool (ENG)
Eljero Elia Hamburger SV (GER)