FINAL: Belanda 0 Sepanyol 1
July 12, 2010 by admin
SEPANYOL muncul Juara Piala Dunia pertama di bumi Afrika apabila menewaskan Belanda 1-0 menerusi jaringan Andres Iniesta pada minit ke-116 masa tambahan. [LIHAT VIDEO]
Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama.
Tindakan pengadil England, Howard Webb melayangkan kad merah kepada John Heitinga pada minit ke-109 menjadi detik kejatuhan pasukan ‘The Flying Dutchman’.
Kedua-dua pasukan memiliki peluang seimbang untuk menghasilkan gol kemenangan, namun nasib nyata tidak menyebelahi skuad Oranje apabila Arjen Robben terlepas dua peluang terbaik ketika hanya berdepan penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas.
tahniah untuk spain….saya dah agak pasukan ini yang terbaik..