FINAL: Belanda 0 Sepanyol 1
SEPANYOL muncul Juara Piala Dunia pertama di bumi Afrika apabila menewaskan Belanda 1-0 menerusi jaringan Andres Iniesta pada minit ke-116 masa tambahan. [Berita penuh...]
[VIDEO] Gol Andres Iniesta vs Belanda
Venue: Soccer City, Johannesburg
Penonton (Muatan): 84,490 (94,000)
[Berita penuh...]
Andres Iniesta wira Sepanyol
ANDRES Iniesta muncul wira Sepanyol selepas menjaringkan gol tunggal untuk membantu Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010 dengan menewaskan Belanda [Berita penuh...]
Sepanyol Juara Piala Dunia 2010
SEPANYOL mencipta sejarah muncul Juara Piala Dunia buat kali pertama selepas menewaskan Belanda 1-0 menerusi jaringan tunggal Andres Iniesta pada minit [Berita penuh...]
[VIDEO] Belanda 0-1 Sepanyol
July 12, 2010 by admin · Tulis komen
Venue: Soccer City, Johannesburg
Penonton (Muatan): 84,490 (94,000)
[Berita penuh...]
Final Piala Dunia 2010
July 12, 2010 by admin · Tulis komen
SEPANYOL bertekad untuk tidak dikenang seperti apa yang menimpa Belanda pada 1970-an yang ketika itu begitu dipuji dengan corak permainan menakjubkan tetapi [Berita penuh...]
Belanda mara ke final
July 7, 2010 by admin · Tulis komen
BELANDA mara ke final Piala Dunia 2010 buat kali ketiga dalam sejarah pasukan itu selepas memperagakan aksi mantap pada separuh masa kedua untuk [Berita penuh...]
Uruguay 2 Belanda 3
July 7, 2010 by admin · Tulis komen
WESLEY Sneijder menjaringkan gol kelimanya untuk membantu Belanda mara ke final Piala Dunia 2010 selepas menewaskan Uruguay 3-2 dalam aksi separuh akhir [Berita penuh...]
Itali Juara Piala Dunia 2006
May 28, 2010 by admin · Tulis komen
ITALI menewaskan Perancis 5-3 menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir Piala Dunia 2006 selepas perlawanan masa sebenar terikat 1-1 untuk bergelar juara dunia buat kali keempat.
Perancis terlebih dahulu mendahului menerusi jaringan penalti Zinedine Zidane minit ketujuh sebelum Marco Materazzi menyamakan kedudukan buat Itali minit ke-19.
Manakala tuan rumah kejohanan, Jerman meraih tempat ketiga selepas menewaskan Portugal 3-1 hasil jaringan Bastian Schweinsteiger pada minit ke-56 dan 78 serta gol sendiri Armando Petit minit ke-60. Nuno Gomes menjaringkan gol tunggal Portugal pada minit ke-88.
Juara 2002, Brazil tersekat di suku akhir apabila tumpas kepada Perancis 0-1 hasil jaringan tunggal Thiery Henry pada minit ke-57.
Itali turut menggondol anugerah Bola Emas apabila pemain pertahanan yang juga ketua pasukan skuad Azzuri itu, Fabio Cannavaro dipilih sebagai Pemain Terbaik kejohanan.
Brazil Juara Piala Dunia 2002
May 28, 2010 by admin · Tulis komen
DUA gol jaringan Ronaldo memastikan Brazil bergelar juara Piala Dunia 2002 selepas menewaskan Jerman 2-0 pada aksi final kejohanan edisi ke-17 yang pertama kali dianjurkan di benua Asia.
Kemenangan itu juga menebus kehampaan Brazil yang tewas kepada Perancis pada perlawanan akhir 1998.
Ronaldo menjaringkan gol pertama pada minit ke-67 selepas rembatan jauh Rivaldo gagal ditangkap kemas Oliver Kahn, manakala gol kedua hadir 12 minit selepas itu.
Tuan rumah bersama, Korea Selatan yang mengejutkan ramai pihak selepas berjaya mara ke peringkat separuh akhir tewas 2-3 kepada Turki bagi penentuan tempat ketiga.
Penyerang Brazil, Ronaldo turut memenangi anugerah Kasut Emas selepas muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan lapan gol manakala Oliver Kahn merangkul Pemain Terbaik kejohanan.
Pasukan paling mengecewakan ialah Perancis yang tampil dengan reputasi selaku juara bertahan, namun tersingkir di peringkat kumpulan. Lebih aib Perancis pulang tanpa mampu menjaringkan sebarang gol dan berada di tangga tercorot kumpulan.