Itali Juara Piala Dunia 2006
May 28, 2010 by admin
ITALI menewaskan Perancis 5-3 menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir Piala Dunia 2006 selepas perlawanan masa sebenar terikat 1-1 untuk bergelar juara dunia buat kali keempat.
Perancis terlebih dahulu mendahului menerusi jaringan penalti Zinedine Zidane minit ketujuh sebelum Marco Materazzi menyamakan kedudukan buat Itali minit ke-19.
Manakala tuan rumah kejohanan, Jerman meraih tempat ketiga selepas menewaskan Portugal 3-1 hasil jaringan Bastian Schweinsteiger pada minit ke-56 dan 78 serta gol sendiri Armando Petit minit ke-60. Nuno Gomes menjaringkan gol tunggal Portugal pada minit ke-88.
Juara 2002, Brazil tersekat di suku akhir apabila tumpas kepada Perancis 0-1 hasil jaringan tunggal Thiery Henry pada minit ke-57.
Itali turut menggondol anugerah Bola Emas apabila pemain pertahanan yang juga ketua pasukan skuad Azzuri itu, Fabio Cannavaro dipilih sebagai Pemain Terbaik kejohanan.
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!