Korea Utara
Info Pasukan Korea Utara
Nama Rasmi | Korea DPR |
---|---|
Ibu Negara | Pyongyang |
Gelaran Pasukan | Chollima |
Ketua Jurulatih | Kim Jong-Hun (Korea Utara) |
Kapten / Ketua Pasukan | Hong Yong-Jo (penyerang) |
Ranking FIFA | 105 |
Penampilan Piala Dunia | 2 Kali (1966, 2010) |
Rekod Terbaik | Suku Akhir (1966) |
Kekuatan Pasukan | Kekentalan benteng pertahanan. |
Kelemahan Pasukan | Kesukaran menjaringkan gol. |
Tonggak Utama | Jong Tae-se (Kawasaki Frontale), Hong Yong-Jo (FC Rostov) |
Detik Gemilang | Menewaskan Itali 1-0 untuk ke pusingan kalah mati Piala Dunia 1966. |
Sasaran | Melepasi peringkat kumpulan. |
Carta Kumpulan G
No | Pasukan | P | M | S | K | J | B | + / - | Mt |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | BRAZIL* | 3 | 2 | 1 | 0 | 5 | 2 | 3 | 7 |
2 | PORTUGAL* | 3 | 1 | 2 | 0 | 7 | 0 | 7 | 5 |
3 | Ivory Coast | 3 | 1 | 1 | 1 | 4 | 3 | 1 | 4 |
4 | Korea Utara | 3 | 0 | 0 | 3 | 1 | 12 | -11 | 0 |
Jadual Kumpulan G
No | Tarikh (Hari) | Masa | Pasukan | Pasukan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 15-06-2010 (Sel) | 10.00 PM | Ivory Coast | 0 | 0 | Portugal |
2 | 16-06-2010 (Rab) | 02.30 AM | Brazil | 2 | 1 | Korea Utara |
3 | 21-06-2010 (Isn) | 02.30 AM | Brazil | 3 | 1 | Ivory Coast |
4 | 21-06-2010 (Isn) | 07.30 PM | Portugal | 7 | 0 | Korea Utara |
5 | 25-06-2010 (Jum) | 10.00 PM | Portugal | 0 | 0 | Brazil |
6 | 25-06-2010 (Jum) | 10.00 PM | Korea Utara | 0 | 3 | Ivory Coast |
Pasukan Kumpulan G Pilihan Anda Yang Akan Mara Ke Pusingan Kedua?
- Brazil (93%, 103 Votes)
- Portugal (44%, 49 Votes)
- Ivory Coast (17%, 19 Votes)
- Korea Utara (6%, 7 Votes)
Total Voters: 111
Korea Utara tidak gentar diundi dalam ‘kumpulan maut’
PADA penampilan sulungnya dalam Piala Dunia lebih empat dekad lalu, Korea Utara mengejutkan bola sepak antarabangsa dengan kemenangan 1-0 ke atas juara dua kali, Itali.
Sebelum kemenangan bersejarah itu, Korea kecundang 0-2 di tangan Russia dan seri 1-1 dengan Chile.
Tetapi kini sukar untuk membayangkan pasukan pimpinan Kim Jong-Hun mengulangi pencapaian di England pada 1966 itu, memandangkan pasukannya diundi dalam Kumpulan G, yang disifatkan sebagai kumpulan maut, bersama gergasi Brazil, Portugal dan Ivory Coast.
Malah tidak keterlaluan jika dikatakan satu pencapaian yang baik jika Korea dapat memenangi satu daripada tiga perlawanan kumpulan.
Tetapi jurulatih Kim tetap bersemangat dan optimis menjelang perjuangan yang mencabar ini.
Katanya: “Kami tidak gentar dengan sesiapa pun, kami hanya akan menumpukan perhatian kepada permainan kami dengan azam ke pusingan kedua. Pemain-pemain kami begitu berazam untuk mencatatkan kejayaan dalam pertandingan ini.”
Korea akan menggantungkan harapan kepada kapten Hong Yong-Jo, yang merupakan bintang harapannya.
Penyerang berusia 28 tahun ini yang bermain dengan kelab Russia, FC Rostov, telah menyarung jersi negaranya 11 kali dan menyumbatkan 11 gol, termasuk ketika seri 1-1 dengan Korea Selatan.
Seorang lagi ialah penyerang berusia 26 tahun, Jong Tae-se, yang mendapat julukan ‘Wayne Rooney’ oleh para peminat negaranya.
Jong, seperti Hong, bermain di luar negara bersama Kawasaki Frontale dalam Liga-J dan beliau menjadi ‘senjata’ utama Korea bagi menggugat benteng lawan.
Seperti jurulatihnya, Jong, yang menjaringkan kedua-dua gol ketika seri 2-2 dengan Greece dalam perlawanan ujian, begitu optimis.
“Saya akan memenuhi janji saya untuk menjaringkan satu gol dalam setiap perlawanan, dan dalam kumpulan kami Brazil dan Korea Utara yang akan ke pusingan kedua,” tegasnya.
Bagaimanapun, azam dan kegigihan mungkin tidak cukup bagi pasukan seperti Korea ini, yang cetek pengalaman dan pendedahan di peringkat antarabangsa.
SKUAD PIALA DUNIA KOREA UTARA 2010
**Penjaga Gol** - Kim Myong Gil Amrokgang Kim Myong Won Amrokgang Ri Myung Guk Pyongyang City **Pertahanan** - Cha Jong Hyok Amrokgang Ri Jun Il Sobaeksu Ri Gwang Chon April 25 Nam Song Chol April 25 Pak Nam Chol Amrokgang Ri Kwang Hyok Kyonggongop Pak Chol Jin Amrokgang **Tengah** - Ji Yum Nam April 25 Mun In Guk April 25 Pak Sung Hyok Sobaeksu Ri Chol Myong Pyongyang City Pak Nam Chol April 25 An Yong Hak Omiya Ardija (Japan) Kim Kyong Il Rimyongsu Kim Yong Jun Pyongyang City **Penyerang** - Hong Yong Jo FC Rostov (Russia) An Chol Hyok Rimyongsu Jong Tae Se Kawasaki Frontale (Japan) Choe Kum Chol April 25 Kim Kum Il April 25