Korea Selatan


Info Pasukan Korea Selatan

Nama Rasmi Republik Korea
Ibu Negara Seoul
Gelaran Pasukan Taegeuk Warriors
Ketua Jurulatih Huh Jung-Moo (Korea Selatan)
Kapten / Ketua Pasukan Park Ji-sung (pemain tengah)
Ranking FIFA 47
Penampilan Piala Dunia 8 Kali (1954, 1986-2010).
Rekod Terbaik Separuh Akhir (2002).
Kekuatan Pasukan Kepantasan membuat serangan balas.
Kelemahan Pasukan Kelemahan pertahanan menangani set-pieces lawan.
Tonggak Utama Park Ji-Sung (Manchester United), Lee Chung-Yong (Bolton).
Detik Gemilang Kejayaan mara ke separuh akhir Piala Dunia 2002 di halaman sendiri.
Sasaran Mara ke pusingan kalah mati.

Carta Kumpulan B

No Pasukan P M S K J B + / - Mt
1 ARGENTINA* 3 3 0 0 7 1 6 9
2 KOREA SELATAN* 3 1 1 1 5 6 -1 4
3 Greece 3 1 0 2 2 5 -3 3
4 Nigeria 3 0 1 2 3 5 -2 1

Jadual Kumpulan B

No Tarikh (Hari) Masa Pasukan     Pasukan
1 12-06-2010 (Sab) 07.30 PM Korea Selatan 2 0 Greece
2 12-06-2010 (Sab) 10.00 PM Argentina 1 0 Nigeria
3 17-06-2010 (Kha) 07.30 PM Argentina 4 1 Korea Selatan
4 17-06-2010 (Kha) 10.00 PM Greece 2 1 Nigeria
5 23-06-2010 (Rab) 02.30 AM Nigeria 2 2 Korea Selatan
6 23-06-2010 (Rab) 02.30 AM Greece 0 2 Argentina

Pasukan Kumpulan B Pilihan Anda Yang Akan Mara Ke Pusingan Kedua?

  • Argentina (89%, 67 Votes)
  • Korea Selatan (67%, 50 Votes)
  • Greece (4%, 3 Votes)
  • Nigeria (3%, 2 Votes)

Total Voters: 75

Loading ... Loading ...

Korea Selatan berdepan lawan sukar

KECUALI gergasi-gergasi dunia seperti Brazil, Jerman dan Itali, wakil Asia, Korea Selatan, boleh bermegah melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia sebanyak lapan kali dengan tujuh kali terakhir secara berturut-turut.

Tetapi yang menjadi tanda tanya ialah mampukah Korea bersaing sebaik melangkah ke medan pertandingan utama kecuali di pertandingan Piala Dunia 2002 di mana negara itu dan Jepun menjadi penganjur bersama?

Dengan semakin ramai pemain Korea beraksi di Eropah seperti kaptennya, Park Ji-Sung dengan Manchester United, Lee Chung Yong (Bolton Wanderers), Park Chu Young (Monaco), Ki Sung-Yeung (Celtic) dan Cha Du-Ri (Freiburg), pertanyaan di atas muncul lagi menjelang Piala Dunia 2010.

Dalam Piala Dunia 2006, jurulatih Korea, Dick Advocaat, menggariskan matlamat memimpin pasukannya buat pertama kali ke pusingan kalah mati di luar negara tersebut.

Malangnya, matlamat itu gagal disempurnakan tetapi sekurang-kurangnya anak buah Advocaat berjaya mengecap kemenangan pertama dalam sejarah pertandingan ini di luar negeri dengan mengalahkan Togo.

Dengan kemenangan itu, Korea pasti tidak lagi berasa tertekan untuk memburu kemenangan pertamanya di pentas terbesar bola sepak dunia itu dan kini terpulang kepada jurulatihnya, Huh Jung-Moo, untuk menyemarakkan perjuangan anak buahnya.

Benar, Korea diletakkan dalam kumpulan yang sukar. Ini kerana Kumpulan B turut menampilkan juara Piala Dunia dua kali, Argentina, pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Nigeria, dan juara Euro 2004, Greece.

“Tiada pasukan yang lemah dalam kumpulan ini. Argentina, Greece dan Nigeria bukanlah lawan yang mudah,” demikian pengakuan Jung-Moo.

Tetapi Korea terkenal dengan semangat perjuangannya yang kental.

“Para pemain kami ingin membuktikan sesuatu dalam pertandingan ini,” demikian beliau memberitahu.

Namun, yang menjadi masalah Korea, sebagaimana pengakuan jurulatihnya itu, ialah kurang jalinan persefahaman. Para pemain Korea datang daripada pelbagai kelab. Para pemain perlu menjalin kepercayaan antara satu sama lain.

“Apabila terdapat kepercayaan di kalangan para pemain, barulah terbentuk semangat berpasukan,” ujar Jung-Moo.

Segalanya itu akan diketahui apabila pasukan itu memulakan kempennya dengan menentang Greece pada 12 Jun nanti.

SKUAD PIALA DUNIA KOREA SELATAN 2010

Skuad Piala Dunia Korea Selatan:

Penjaga Gol: Kim Young-Kwang (Ulsan), Lee Woon-Jae (Suwon), Jung Sung-Ryong (Seongnam)

Pertahanan: Kim Dong-Jin (Ulsan), Kim Hyung-Il (Pohang), Oh Beom-Seok (Ulsan), Lee Young-Pyo (Al Hilal, Saudi Arabia), Lee Jung-Soo (Kashima, Japan), Cha Du-Ri (Freiburg, Germany) Cho Yong-Hyung (Jeju United) Kang Min-Soo (suwon)

Tengah: Ki Sung-Yong (Celtic, Scotland), Kim Bo-Kyung (Oita, Japan), Kim Nam-Il (Tomsk, Russia), Kim Jae-Sung (Pohang), Kim Jung-Woo (Gwangju), Lee Chung-Yong (Bolton, England), Park Ji-Sung (Manchester United, England)

Penyerang: Park Chu-Young (Monaco, France), Ahn Jung-Hwan (Dalian, China), Lee Seung-Ryul (Seoul), Yeom Ki-Hun, (Suwon), Lee Dong-Gook (Jeonbuk)