Slovenia


Info Pasukan Slovenia

Nama Negara Republik Slovenia
Ibu Negara Ljubjana
Gelaran Pasukan Dragons
Ketua Jurulatih Matjaz Kek (Slovenia)
Kapten / Ketua Pasukan Robert Koren (pemain tengah)
Ranking FIFA 25
Penampilan Piala Dunia 2 Kali (2002, 2010)
Rekod Terbaik Pusingan pertama (2002)
Kekuatan Pasukan Benteng pertahanan.
Kelemahan Pasukan Masalah di bahagian sayap dan tengah.
Tonggak Utama Milivoje Novakovic (FC Cologne), Robert Koren (West Brom).
Detik Diingati Jaringan minit akhir pada play-off Euro 2000 menentang Ukraine.
Sasaran Mara ke pusingan kedua.

Carta Kumpulan C

No Pasukan P M S K J B + / - Mt
1 AMERIKA SYARIKAT* 3 1 2 0 4 3 1 5
2 ENGLAND* 3 1 2 0 2 1 1 5
3 Slovenia 3 1 1 1 3 3 0 4
4 Algeria 3 0 1 2 0 2 -2 1

Jadual Kumpulan C

No Tarikh (Hari) Masa Pasukan     Pasukan
1 13-06-2010 (Aha) 02.30 AM England 1 1 Amerika Syarikat
2 13-06-2010 (Aha) 07.30 PM Algeria 0 1 Slovenia
3 18-06-2010 (Jum) 10.00 PM Slovenia 2 2 Amerika Syarikat
4 19-06-2010 (Sab) 02.30 AM England 0 0 Algeria
5 23-06-2010 (Rab) 10.00 PM Slovenia 0 1 England
6 23-06-2010 (Rab) 10.00 PM Amerika Syarikat 1 0 Algeria

Pasukan Kumpulan C Pilihan Anda Yang Akan Mara Ke Pusingan Kedua?

  • England (84%, 56 Votes)
  • Amerika Syarikat (31%, 21 Votes)
  • Algeria (28%, 19 Votes)
  • Slovenia (24%, 16 Votes)

Total Voters: 67

Loading ... Loading ...

Slovenia sasar ke pusingan kedua

SLOVENIA melayakkan diri ke Piala Dunia selepas mengalahkan Russia pada perlawanan play-off. Inilah kali kedua mereka ke kejohanan tertinggi bola sepak dunia selepas tampil buat kali pertama pada 2002.

Dalam menamakan skuad muktamadnya, jurulatih Matjaz Kek tidak membuat sebarang kejutan dan terus meletakkan kepercayaan pada para pemain yang telah membantu mereka dalam kempen kelayakan.

Mereka menduduki tempat kedua dalam Kumpulan 3 Eropah di belakang Slovakia sebelum mengalahkan Russia dalam perlawanan penentuan melalui peraturan gol di padang lawan.

Dalam kumpulan yang merangkumi England, Amerika Syarikat dan Algeria, ramai tidak menjangka Slovenia akan melangkah jauh.

Bahkan, para pemain terbaik mereka hanya bermain dalam kelab tahap bawahan di Eropah.

Antaranya ialah penyerang Zlatko Dedic yang bermain untuk Bochum, penjaga gawang Samir Handanovic dan Robert Koren yang baru dilepaskan oleh kelab England, West Bromwich Albion.

Antara pemain yang lebih terkenal ialah Milivoje Novakovic, 30 tahun, yang bermain untuk Cologne dalam Liga Jerman.

Menurut ranking FIFA, Slovenia di kedudukan ke-25. Jika ia mara ke pusingan kedua, ia bukan satu pencapaian besar tetapi satu kejutan besar. Ini bermakna salah satu daripada dua pasukan pilihan Kumpulan C, England atau Amerika, akan tersingkir.

Dalam penampilan pertama Piala Dunia 2002, mereka gagal memungut walau satu mata pun.

Kali ini, mungkin ia akan bersaing dengan Algeria untuk tidak menduduki tangga corot kumpulan.

SKUAD PIALA DUNIA SLOVENIA 2010

**Penjaga Gol** -
Samir Handanovic Udinese (ITA)
Jasmin Handanovic Mantova (ITA)
Aleksandr Seliga Sparta (NED)
**Pertahanan** -
Miso Brecko Koeln (GER)
Marko Suler Gent (BEL)
Matej Mavric Koblenz (GER)
Bostjan Cesar Chievo (ITA)
Branko Ilic Lokomotiv Moscow (RUS)
Bojan Jokic Chievo (ITA)
Elvedin Dzinic Maribor
Suad Filekovic Maribor
**Tengah** -
Robert Koren West Bromwich Albion (ENG)
Rene Krhin Inter (ITA)
Valter Birsa Auxerre (FRA)
Aleksandr Radosavljevic Larissa (GRE)
Andraz Kirm Wisla Krakow (POL)
Andrej Komac
Maccabi Tel Aviv (ISR)
Dalibor Stevanovic Vitesse (NED)
**Penyerang**
Zlatko Dedic Bochum (GER)
Milivoje Novakovic Koeln (GER)
Zlatan Ljubijankic Gent (BEL)
Tim Matavz Groningen (NED)
Nejc Pecnik Nacional (POR)