Brazil


Info Pasukan Brazil

Nama Rasmi Republik Brazil
Ibu Negara Brasilia
Gelaran Pasukan Samba Boys
Ketua Jurulatih Carlos Dunga (Brazil)
Kapten/Ketua Pasukan Lucio (bek tengah)
Ranking FIFA 1
Penampilan Piala Dunia 19 Kali (beraksi pada semua kejohanan Piala Dunia)
Rekod Terbaik Juara 5 Kali (1958, 1962, 1970, 1994, 2002)
Kekuatan Pasukan Serangan balas sepantas kilat merupakan kepakaran jurulatih Brazil, Dunga.
Kelemahan Pasukan Brazil sedikit bergelut apabila berdepan pasukan bermain secara bertahan.
Tonggak Utama Kaka (Real Madrid), Robinho (Santos), Luis Fabiano (Sevilla), Julio Cesar (Inter Milan)
Detik Gemilang Skuad Brazil 1970 diiktiraf pasukan bola sepak terbaik sepanjang zaman.
Sasaran Muncul juara Piala Dunia kali keenam.

Carta Kumpulan G

No Pasukan P M S K J B + / - Mt
1 BRAZIL* 3 2 1 0 5 2 3 7
2 PORTUGAL* 3 1 2 0 7 0 7 5
3 Ivory Coast 3 1 1 1 4 3 1 4
4 Korea Utara 3 0 0 3 1 12 -11 0

Jadual Kumpulan G

No Tarikh (Hari) Masa Pasukan     Pasukan
1 15-06-2010 (Sel) 10.00 PM Ivory Coast 0 0 Portugal
2 16-06-2010 (Rab) 02.30 AM Brazil 2 1 Korea Utara
3 21-06-2010 (Isn) 02.30 AM Brazil 3 1 Ivory Coast
4 21-06-2010 (Isn) 07.30 PM Portugal 7 0 Korea Utara
5 25-06-2010 (Jum) 10.00 PM Portugal 0 0 Brazil
6 25-06-2010 (Jum) 10.00 PM Korea Utara 0 3 Ivory Coast

Pasukan Kumpulan G Pilihan Anda Yang Akan Mara Ke Pusingan Kedua?

  • Brazil (93%, 103 Votes)
  • Portugal (44%, 49 Votes)
  • Ivory Coast (17%, 19 Votes)
  • Korea Utara (6%, 7 Votes)

Total Voters: 111

Loading ... Loading ...

Brazil buru kejuaraan kali keenam di bumi Afrika

DENGAN taburan bintang-bintang dan kedudukannya sebagai pasukan nombor satu dunia, sewajarnya Brazil menjadi pilihan menjuarai Piala Dunia 2010 ini.

Ini diakui sendiri oleh jurulatihnya, Dunga, yang menyifatkan tekanan sebagai perkara biasa dalam usaha pasukannya memburu untuk menjulang trofi keagungan bola sepak dunia ini buat kali keenam.

‘Kami bermain untuk menang dan ini merupakan mentaliti Brazil,’ tegas jurulatih itu. ‘Oleh itu, tekanan yang kami hadapi adalah perkara biasa yang selalu kami alami.’

Dunga, pemain yang turut membantu Brazil menjuarai Piala Dunia 1994, mula memimpin skuad negaranya pada 2006 dan tahun berikutnya memenangi Copa America dan Piala Konfederasi pada 2009.

Adalah sukar untuk meramalkan siapa yang bakal menyerlah dalam pasukan Brazil di Afrika Selatan nanti tetapi nama-nama seperti Kaka, Robinho dan Luis Fabiano adalah antara yang bakal menjadi perhatian,

Kaka, yang kembali cergas selepas dihantui masalah kecederaan sejak menyertai Real Madrid pada musim baru lalu, telah menyarungkan jersi Brazil sebanyak 75 kali dan menyumbatkan 25 gol.

Kelincahannya bergerak dari bahagian midfield sering mengancam benteng lawan, di samping mempunyai kemampuan membuat rembatan dan percubaan jarak jauh.

Seperti Kaka, Robinho juga melalui prestasi yang tidak menentu bersama Manchester City dan ini mendorong beliau dipinjamkan ke kelab Santos, di Brazil.

Pemain berusia 26 tahun itu menyerlah bersama Santos dan ini meningkatkan harapan Dunga.

Dengan kecekapan menggelecek bola dan hantaran-hantaran yang mengancam, Robinho juga bijak mencari ruang dan tempat untuk menjaringkan gol.

Sepanjang 72 penampilannya bersama Brazil, beliau telah menyumbatkan 23 gol.

Dunga dijangka menggandingkan Robinho dengan penyerang Sevilla, Fabiano, yang telah menjaringkan 25 gol daripada 37 penampilan.

Berbadan tinggi tegap, gagah dan agresif, Fabiano sering digeruni pemain pertahanan lawan.

Bagaimanapun, persiapan Brazil menerima tamparan apabila penjaga gawang utamanya, Julio Cesar, yang membantu Inter Milan menjuarai Liga Serie A, Piala Itali dan Liga Juara- Juara mengalami kecederaan.

Dalam 18 perlawanan kelayakan, beliau sekadar dibolosi 11 gol dan Dunga pasti mengharapkan beliau pulih sebelum perlawanan pembukaan menentang Korea Utara pada 16 Jun ini.

Jika tidak, penjaga gawang Tottenham Hotspur, Heurelho Gomes, menjadi pilihan selepas mempamerkan persembahan yang konsisten dalam Liga Perdana England musim baru lalu.

Sungguhpun dengan masalah ini, pemain pertahanan Maicon yakin pasukannya mampu memenuhi ramalan untuk memenangi Piala Dunia tetapi pemain bek Inter itu menegaskan pasukannya perlu lebih fokus.

Dalam memburu matlamat ini, Maicon, yang telah menyarung jersi Brazil 53 kali dan menjaringkan empat gol, menyatakan ia tidak semestinya dicapai dengan persembahan menarik atau lebih dikenali dengan ‘samba’ Brazil.

“Kemenangan adalah lebih penting daripada persembahan cemerlang yang menyeronok dan menghiburkan penonton,” ujar pemain berusia 29 tahun itu.

“Saya mahu menjadi juara tanpa mengira corak persembahan pasukan. Yang penting kami memenangi perlawanan.”

Oleh itu, jangan terlalu mengharapkan ‘samba’ Brazil kerana keutamaan pasukan pimpinan Dunga ialah merebut kejuaraan, dan bukan corak permainan.

SKUAD PIALA DUNIA BRAZIL 2010

**Penjaga Gol**
Julio Cesar Inter Milan (ITA)
Heurelho Gomes Tottenham (ENG)
Alexander Doni AS Roma (ITA)
**Pertahanan**
Maicon Inter Milan (ITA)
Daniel Alves Barcelona (ESP)
Gilberto Cruzeiro
Michel Bastos Olympique Lyonnais (FRA)
Lucio Inter Milan (ITA)
Juan AS Roma (ITA)
Luisao Benfica (POR)
Thiago Silva AC Milan (ITA)
Tengah
Gilberto Silva Panathinaikos (GRE)
Felipe Melo Juventus (ITA)
Kaka Real Madrid (ESP)
Julio Baptista AS Roma (ITA)
Josue Wolfsburg (GER)
Kleberson Flamengo
Elano Galatasaray (TUR)
Ramires Benfica (POR)
**Penyerang**
Robinho Santos
Luis Fabiano Sevilla (ESP)
Nilmar Villarreal (ESP)
Grafite Wolfsburg (GER)