Greece


Info Pasukan Greece

Nama Negara Greece
Ibu Negara Athens
Gelaran Pasukan The Pirate Ship
Ketua Jurulatih Otto Rehhagel (Jerman)
Kapten / Ketua Pasukan Georgios Karagounis (pemain tengah)
Ranking FIFA 13
Penampilan Piala Dunia 2 Kali (1994, 2010).
Rekod Terbaik Pusingan Pertama (1994).
Kekuatan Pasukan Kekentalan di barisan pertahanan.
Kelemahan Pasukan Tiaga gaya permainan yang kreatif.
Tonggak Utama Georgios Karagounis (Panathinaikos), Sotirios Kyrgiakos (Liverpool).
Detik Gemilang Kejayaan menjuarai Piala Eropah (EURO 2004).
Sasaran Mara ke pusingan kedua.

Carta Kumpulan B

No Pasukan P M S K J B + / - Mt
1 ARGENTINA* 3 3 0 0 7 1 6 9
2 KOREA SELATAN* 3 1 1 1 5 6 -1 4
3 Greece 3 1 0 2 2 5 -3 3
4 Nigeria 3 0 1 2 3 5 -2 1

Jadual Kumpulan B

No Tarikh (Hari) Masa Pasukan     Pasukan
1 12-06-2010 (Sab) 07.30 PM Korea Selatan 2 0 Greece
2 12-06-2010 (Sab) 10.00 PM Argentina 1 0 Nigeria
3 17-06-2010 (Kha) 07.30 PM Argentina 4 1 Korea Selatan
4 17-06-2010 (Kha) 10.00 PM Greece 2 1 Nigeria
5 23-06-2010 (Rab) 02.30 AM Nigeria 2 2 Korea Selatan
6 23-06-2010 (Rab) 02.30 AM Greece 0 2 Argentina

Pasukan Kumpulan B Pilihan Anda Yang Akan Mara Ke Pusingan Kedua?

  • Argentina (89%, 67 Votes)
  • Korea Selatan (67%, 50 Votes)
  • Greece (4%, 3 Votes)
  • Nigeria (3%, 2 Votes)

Total Voters: 75

Loading ... Loading ...

Benteng kukuh sandaran utama Greece

JURULATIHNYA masih sama. Itu bermakna Otto Rehhagel dari Jerman masih memimpin Greece.

Ia bererti Greece akan terus menggunakan sistem permainan 4-3-3.

Masih ingat dengan segala keterbatasan kualiti dalam skuadnya, siapa terfikir Greece berjaya menggemparkan bola sepak Eropah apabila menjuarai Euro 2004.

Tetapi sejarah kegemilangan itu telah berlalu dan Greece tidak mungkin dapat menggegarkan Piala Dunia 2010 kerana persaingan dalam pertandingan ini lebih mencabar dengan kehadiran pasukan seperti Brazil dan Argentina.

Begitupun, pemain pertahanannya seperti Giourkas Seitaridis tidak menolak mencatatkan kejutan selepas memenuhi matlamat melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2010.

“Matlamat itu telah dicapai. Kami sedar kami bukan pasukan pilihan, jadi tidak timbul soal tekanan,” kata Seitaridis, pemain yang turut membentuk pasukan Greece yang menjuarai Euro 2004 setelah menewaskan Portugal 1-0 dalam final.

“Tetapi ia adalah kejayaan yang membanggakan jika Greece dapat melayakkan diri ke pusingan kalah mati,” beliau menambah.

Apa yang menjadi kelebihan Greece ialah gawang pasukan itu tidak mudah dibolosi.

Dalam pusingan kelayakan Eropah Kumpulan Dua, Greece hanya tumbang dua kali daripada 10 perlawanan untuk muncul sebagai naib johan di belakang Switzerland.

Seperti yang dibuktikan dalam Euro 2004, Greece lebih menitikberatkan soal pertahanannya.

Ramai pemerhati mengecam corak permainan Greece. Tetapi itulah Greece. Selagi Rehhagel memimpin Greece, corak permainan pasukan itu tidak mungkin berubah.

Sebagaimana Seitaridis menambah: “Kami lebih memikirkan soal memungut mata. Tidak ramai terfikir negara kecil seperti Greece akan menjuarai Euro 2004.

“Saya yakin jika pasukan diarahkan bermain secara defensif dan mempunyai peluang untuk menjuarai Piala Dunia, setiap pemain akan mematuhi arahan itu.”

SKUAD PIALA DUNIA GREECE 2010

**Penjaga Gol**
-
Konstantinos Chalkias PAOK (GRE)
Alexandros Tzorvas Panathinaikos (GRE)
Michalis Sifakis Aris Thessaloniki (GRE)
**Pertahanan** -
Sotirios Kyrgiakos Liverpool (ENG)
Stilianos Malezas PAOK (GRE)
Vaggelis Moras Bologna (ITA)
Avraam Papadopoulos Olympiacos (GRE)
Sokratis Papastrathopoulos Genoa (ITA)
Giourkas Seitaridis Panathinaikos (GRE)
Nikos Spyropoulos Panathinaikos (GRE)
Vassilis Torosidis Olympiacos (GRE)
Loukas Vintra Panathinaikos (GRE)
**Tengah** -
Giorgias Karagounis Panathinaikos (GRE)
Konstantinos Katsouranis Panathinaikos (GRE)
Sotirios Ninis Panathinaikos (GRE)
Christos Patsatzoglou Omonia (CYP)
Athanasios Prittas Aris Thessaloniki (GRE)
Alexandros Tziolis Siena (ITA)
**Penyerang** -
Angelos Charisteas Nuremberg (GER)
Theofanis Gekas Hertha Berlin (GER)
Pantelis Kapetanos Steaua Bucharest (ROU)
Dimitrios Salpingidis Panathinaikos (GRE)
Georgios Samaras Celtic (SCO)