England
Info Pasukan England
Nama Negara | England |
---|---|
Ibu Negara | London |
Gelaran Pasukan | The Three Lions |
Ketua Jurulatih | Fabio Capello (Itali) |
Kapten / Ketua Pasukan | Steven Gerrard (tengah) |
Ranking FIFA | 8 |
Penampilan Piala Dunia | 13 Kali (1950-1970, 1982-1990, 1998-2010). |
Rekod Terbaik | Juara (1966). |
Kekuatan Pasukan | Taktik permainan, tidak terperangkap dengan serangan balas lawan. |
Kelemahan Pasukan | Sentiasa bergelut ketika berdepan pasukan handal. |
Tonggak Utama | John Terry (Chelsea), Wayne Rooney (Manchester United), Frank Lampard (Chelsea). |
Detik Gemilang | Mengalahkan Argentina dan Jerman untuk menjulang Piala Dunia 1966. |
Sasaran | Memenangi Piala Dunia 2010. |
Carta Kumpulan C
No | Pasukan | P | M | S | K | J | B | + / - | Mt |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | AMERIKA SYARIKAT* | 3 | 1 | 2 | 0 | 4 | 3 | 1 | 5 |
2 | ENGLAND* | 3 | 1 | 2 | 0 | 2 | 1 | 1 | 5 |
3 | Slovenia | 3 | 1 | 1 | 1 | 3 | 3 | 0 | 4 |
4 | Algeria | 3 | 0 | 1 | 2 | 0 | 2 | -2 | 1 |
Jadual Kumpulan C
No | Tarikh (Hari) | Masa | Pasukan | Pasukan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 13-06-2010 (Aha) | 02.30 AM | England | 1 | 1 | Amerika Syarikat |
2 | 13-06-2010 (Aha) | 07.30 PM | Algeria | 0 | 1 | Slovenia |
3 | 18-06-2010 (Jum) | 10.00 PM | Slovenia | 2 | 2 | Amerika Syarikat |
4 | 19-06-2010 (Sab) | 02.30 AM | England | 0 | 0 | Algeria |
5 | 23-06-2010 (Rab) | 10.00 PM | Slovenia | 0 | 1 | England |
6 | 23-06-2010 (Rab) | 10.00 PM | Amerika Syarikat | 1 | 0 | Algeria |
Pasukan Kumpulan C Pilihan Anda Yang Akan Mara Ke Pusingan Kedua?
- England (84%, 56 Votes)
- Amerika Syarikat (31%, 21 Votes)
- Algeria (28%, 19 Votes)
- Slovenia (24%, 16 Votes)
Total Voters: 67
England mengharap tuah bumi Afrika
BERITA baik untuk peminat England. Wayne Rooney dan rakan-rakan dijangka mara ke pusingan kedua Piala Dunia.
Bagaimanapun, berita yang tidak begitu baik ialah selepas pusingan itu.
Jika mereka muncul juara Kumpulan C, yang mungkin berlaku, mereka akan menentang naib juara Kumpulan D yang terdiri daripada Jerman, Australia, Serbia dan Ghana.
Di situlah keupayaan sebenar England akan teruji. England bukanlah sebuah pasukan lemah. Sebaliknya, ia kuat dan mempunyai beberapa pemain yang tiada masalah mendapat tempat dengan kelab-kelab terkemuka di Eropah.
Tetapi masalah bagi England ialah kecuali penyerang Rooney, ia tidak mempunyai pemain yang boleh mengubah keputusan apabila keadaan terdesak.
Steven Gerrard dan Frank Lampard boleh melakukannya di peringkat kelab masing-masing - Liverpool dan Chelsea. Tetapi untuk England, kedua-dua pemain midfield itu sejauh ini gagal menyerlah apabila digandingkan.
Bahkan, ramai peminat England yang tajam pengamatan menggaru-garu kepala kenapa dua pemain midfield itu gagal menunjukkan prestasi seperti di kelab apabila digandingkan untuk England.
Jurulatih Fabio Capello mempunyai lebih seminggu sahaja untuk memastikan skuad England cukup sedia mengharungi cabaran Piala Dunia di Afrika Selatan.
Mereka adalah pasukan pilihan dalam Kumpulan C, yang turut mengandungi Amerika Syarikat, Algeria dan Slovenia.
Ranking FIFA terkini untuk England ialah di tangga kelapan. Berdasarkan ini, England setidak-tidaknya harus mara ke suku akhir.
England telah menunjukkan persembahan cemerlang semasa kempen kelayakan, tetapi dalam perlawanan-perlawanan persahabatan menjelang Piala Dunia, persembahan mereka biasa-biasa sahaja.
Siapa yang dapat menahan ketawa apabila England memerlukan dua gol jaringan sendiri untuk mengalahkan Jepun 2-1 dalam perlawanan persahabatan mereka yang terbaru?
Sebuah pasukan yang berpotensi menjadi juara dunia tidak akan memerlukan pertolongan pasukan lawan untuk menang.
Dalam memilih skuad muktamadnya, Capello menggugurkan Theo Walcott dan meletakkan harapan kepada Shaun Wright-Phillips dan Aaron Lennon.
Jelas, jurulatih dari Itali itu memilih pengalaman daripada belia.
Di bahagian atas, selain Rooney yang memang telah dijangkakan, Capello menamakan Emile Heskey, Peter Crouch dan Jermain Defoe.
Secara teori, ini bukanlah barisan serangan yang menyengat sangat. Tetapi selagi Rooney tidak cedera dan prestasinya menjadi, England akan terus mempunyai harapan.
Di bahagian pertahanan, England kelihatan mantap dengan gandingan Rio Ferdinand, John Terry dan Ledley King.
Namun, kecergasan Ferdinand membimbangkan. England telah menunjukkan banyak peningkatan sejak Capello menjadi jurulatih.
Sekiranya mereka dapat menunjukkan keupayaan sebenar, England mampu menyaingi mana-mana pasukan terbaik di dunia.
SKUAD PIALA DUNIA ENGLAND 2010
**Penjaga Gol** Robert Green West Ham United Joe Hart Birmingham David James Portsmouth **Pertahanan** Rio Ferdinand Manchester United John Terry Chelsea Ashley Cole Chelsea Glen Johnson Liverpool Stephen Warnock Aston Villa Jamie Carragher Liverpool Ledley King Tottenham Matthew Upson West Ham **Tengah** Steven Gerrard Liverpool Frank Lampard Chelsea Aaron Lennon Tottenham Shaun Wright-Phillips Manchester City James Milner Aston Villa Michael Carrick Manchester United Joe Cole Chelsea Gareth Barry Manchester City **Penyerang** Wayne Rooney Manchester United Emile Heskey Aston Villa Jermain Defoe Tottenham Peter Crouch Tottenham