Cameroon
Info Pasukan Cameroon
Nama Rasmi | Republik Cameroon |
---|---|
Ibu Negara | Yaounde |
Gelaran Pasukan | The Lions |
Ketua Jurulatih | Paul Le Guen (Perancis) |
Kapten / Ketua Pasukan | Samuel Eto'o (penyerang) |
Ranking FIFA | 19 |
Penampilan Piala Dunia | 6 Kali (1982, 1990-2002, 2010) |
Rekod Terbaik | Suku Akhir (1990) |
Kekuatan Pasukan | Jentera serangan dan tengah. |
Kelemahan Pasukan | Bergantung kepada tonggak veteran |
Tonggak Utama | Samuel Eto'o (Inter Milan), Alex Song (Arsenal) Idriss Carlos Kameni (Espanyol) |
Detik Gemilang | Menewaskan Sepanyol untuk menang pingat emas Olimpik 2000 |
Sasaran | Layak ke kelompok lapan pasukan terbaik. |
Carta Kumpulan E
No | Pasukan | P | M | S | K | J | B | + / - | Mt |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | BELANDA* | 3 | 3 | 0 | 0 | 5 | 1 | 4 | 9 |
2 | JEPUN* | 3 | 2 | 0 | 1 | 4 | 2 | 2 | 6 |
3 | Denmark | 3 | 1 | 0 | 2 | 3 | 6 | -3 | 3 |
4 | Cameroon | 3 | 0 | 0 | 3 | 2 | 5 | -3 | 0 |
Jadual Kumpulan E
No | Tarikh (Hari) | Masa | Pasukan | Pasukan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 14-06-2010 (Isn) | 07.30 PM | Belanda | 2 | 0 | Denmark |
2 | 14-06-2010 (Isn) | 10.00 PM | Jepun | 1 | 0 | Cameroon |
3 | 19-06-2010 (Sab) | 07.30 PM | Belanda | 1 | 0 | Jepun |
4 | 20-06-2010 (Aha) | 02.30 AM | Cameroon | 1 | 2 | Denmark |
5 | 25-06-2010 (Jum) | 02.30 AM | Denmark | 1 | 3 | Jepun |
6 | 25-06-2010 (Jum) | 02.30 AM | Cameroon | 1 | 2 | Belanda |
Pasukan Kumpulan E Pilihan Anda Yang Akan Mara Ke Pusingan Kedua?
- Belanda (92%, 65 Votes)
- Jepun (39%, 28 Votes)
- Denmark (25%, 18 Votes)
- Cameroon (10%, 7 Votes)
Total Voters: 71
Cameroon calon pilihan iringi Belanda ke pusingan kedua
“JANGAN lakukan kesilapan-kesilapan individu seperti yang berlaku dalam pertandingan Piala Negara-Negara Afrika, Januari lalu.”
Itulah peringatan bekas jurulatih Cameroon, Claude de Roy, kepada pasukan itu. Peringatan itu wajar kerana Cameroon pada satu ketika kelihatan hampir-hampir tersingkir daripada kelayakan Piala Dunia 2010.
Tetapi, sejak Paul Le Guen menjadi jurulatih pasukan itu pada musim panas lalu, beliau telah mengembalikan keyakinan pasukan itu.
Dengan pemain-pemain bermutu seperti Samuel Eto’o (gambar) sebagai tenaga penyerang, Alex Song dan Jean Makoun di midfield dan Carlos Kameni bertindak sebagai penjaga gawang, Cameroon mempunyai mutu dan peluang ke pusingan kalah mati.
“Saya ada antara 15 hingga 16 pemain yang berkebolehan teknikal dan kecergasan yang tinggi.
“Bahkan matlamat kami ialah untuk melangkah sehingga ke peringkat suku akhir,” kata Le Guen.
Berbanding pasukan Afrika yang lain, Cameroon telah melayakan diri ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali keenam.
Selain itu, Cameroon pernah melayakkan diri ke peringkat suku akhir 1990 tetapi kecundang di tangan England dalam masa tambahan.
Mungkinkah dengan pertandingan ini diadakan di benua Afrika, Cameroon akan mengulangi pencapaipannya seperti dalam pertandingan 1990?
Jawapannya, barangkali, terletak pada peringatan bekas jurulatihnya, de Roy.
Pemain seperti Eto’o juga harus elakkan diri daripada dibuang padang seperti yang berlaku semasa pasukan itu tumbang 1-3 di tangan Portugal pada 1 Jun lalu.
SKUAD PIALA DUNIA CAMEROON 2010
**Penjaga Gol** - Hamidou Souleymanou Kayserispor (TUR) Idriss Carlos Kameni Espanyol (ESP) Guy Roland Ndy Assembe Valenciennes (FRA) **Pertahanan** - Benoit Assou-Ekotto Tottenham (ENG) Sebastien Bassong Tottenham (ENG) Gaetan Bong Valenciennes (FRA) Aurelien Chedjou Lille (FRA) Geremi Njitap Ankaragucu (TUR) Stephane M’bia Marseille (FRA) Nicolas Nkoulou AS Monaco (FRA) Rigobert Song Trabzonspor (TUR) **Tengah** - Enoh Eyong Tarkang Ajax Amsterdam (NED) Jean II Makoun Lyon (FRA) Georges Mandjeck FC Kaiserslautern (GER) Joel Matip Schalke 04 (GER) Landry Nguemo Celtic (SCO) Alexandre Song Arsenal (ENG) **Penyerang** - Vincent Aboubakar Coton Sport Garoua (CMR) Eric Choupo-Moting FC Nuremberg (GER) Achille Emana Real Betis (ESP) Samuel Eto’o Inter Milan (ITA) Mohamadou Idrissou SC Freiburg (GER) Achille Webo Mallorca (ESP)