Paraguay 0 Sepanyol 1

July 4, 2010 by  

JARINGAN tunggal David Villa membawa Sepanyol ke separuh akhir Piala Dunia 2010 untuk menempah pertemuan dengan Jerman yang terdahulu berjaya membenam Argentina 4-0. [VIDEO]

Paraguay memperoleh peluang terbaik untuk mendahului Sepanyol apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-59, namun tendangan Oscar Cordozo berjaya diselamatkan penjaga gol, Iker Casillas.

Selang tiga minit kemudian giliran Sepanyol pula beroleh peluang untuk berada di depan apabila turut dihadiah sepakan penalti, namun kali ini penjaga gol Paraguay pula menjadi penyelamat.

Bagaimanapun segalanya berubah pada minit ke-83 apabila David Villa menjaringkan gol kelimanya di Piala Dunia 2010 untuk memberi kemenangan berharga buat Sepanyol, sekaligus melonjak penyerang Barcelona itu di tangga teratas penjaring terbanyak Piala Dunia setakat ini. [SENARAI PENJARING]

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!