Amerika Syarikat
Info Pasukan Amerika Syarikat
Nama Negara | Amerika Syarikat |
---|---|
Ibu Negara | Washinton DC |
Gelaran Pasukan | The Yanks |
Ketua Jurulatih | Bob Bradley (USA) |
Kapten / Ketua Pasukan | Carlos Bocanegra (bek tengah) |
Ranking FIFA | 14 |
Penampilan Piala Dunia | 8 Kali (1930, 1950, 1990-2010). |
Rekod Terbaik | Tempat Ke-3 (1930). |
Kekuatan Pasukan | Semangat berpasukan yang tinggi |
Kelemahan Pasukan | Tiada penyudah yang tajam. |
Tonggak Utama | Landon Donovan (LA Galaxy), Tim Howard (Everton), Clint Dempsey (Fulham). |
Detik Gemilang | Mengejutkan Portugal, Mexico sebelum tewas suku akhir kepada Jerman pada edisi 2002. |
Sasaran | Mara ke pusingan kedua. |
Carta Kumpulan C
No | Pasukan | P | M | S | K | J | B | + / - | Mt |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | AMERIKA SYARIKAT* | 3 | 1 | 2 | 0 | 4 | 3 | 1 | 5 |
2 | ENGLAND* | 3 | 1 | 2 | 0 | 2 | 1 | 1 | 5 |
3 | Slovenia | 3 | 1 | 1 | 1 | 3 | 3 | 0 | 4 |
4 | Algeria | 3 | 0 | 1 | 2 | 0 | 2 | -2 | 1 |
Jadual Kumpulan C
No | Tarikh (Hari) | Masa | Pasukan | Pasukan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 13-06-2010 (Aha) | 02.30 AM | England | 1 | 1 | Amerika Syarikat |
2 | 13-06-2010 (Aha) | 07.30 PM | Algeria | 0 | 1 | Slovenia |
3 | 18-06-2010 (Jum) | 10.00 PM | Slovenia | 2 | 2 | Amerika Syarikat |
4 | 19-06-2010 (Sab) | 02.30 AM | England | 0 | 0 | Algeria |
5 | 23-06-2010 (Rab) | 10.00 PM | Slovenia | 0 | 1 | England |
6 | 23-06-2010 (Rab) | 10.00 PM | Amerika Syarikat | 1 | 0 | Algeria |
Pasukan Kumpulan C Pilihan Anda Yang Akan Mara Ke Pusingan Kedua?
- England (84%, 56 Votes)
- Amerika Syarikat (31%, 21 Votes)
- Algeria (28%, 19 Votes)
- Slovenia (24%, 16 Votes)
Total Voters: 67
Amerika Syarikat mahu tebus kehampaan di Jerman 2006
JIKA ada pasukan dalam Kumpulan C yang boleh mengancam England, pasukan itu ialah Amerika Syarikat.
Dan perlawanan pertama bagi kedua-duanya pada 12 Jun sedikit sebanyak akan membayangkan nasib mereka seterusnya di Afrika Selatan.
Amerika mempunyai ranking ke-14, yang kedua tertinggi selepas England dalam Kumpulan C yang turut menampilkan Slovenia dan Algeria.
Amerika dua kali tampil dalam Piala Dunia dengan persembahan terbaik mereka pada 1930 apabila mereka menduduki tempat ketiga.
Jurulatih Amerika, Bob Bradley, dipetik sebagai berkata keadaan sejuk di Afrika Selatan boleh menghasilkan kejohanan Piala Dunia yang menarik dan menaruh harapan tinggi kepada anak didiknya.
“Kami telah ke sana dan tahu akan keadaannya,” kata Bradley yang merujuk pada pertandingan Piala Konfederasi Jun tahun lalu dan menduduki tempat kedua selepas kalah kepada Brazil dalam final.
Apa yang menggalakkan ialah Amerika mengejutkan juara Eropah, Sepanyol, di separuh akhir kejohanan tersebut dan mendahului Brazil 2-0 sebelum Brazil bangkit pada aksi final yang berlangsung di Johannesburg.
Antara pemain yang akan memikul tanggungjawab besar memastikan Amerika sekurang-kurangnya melangkah pusingan kedua ialah Landon Donovan, 28 tahun.
Pemain midfield itu adalah penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak negaranya dengan 28 gol.
Beliau juga pernah dipinjamkan kepada Everton selama tiga bulan musim ini yang menyaksikannya menjaringkan dua gol dalam 13 perlawanan Liga Perdana.
“Peningkatan paling besar bagi saya sekarang ialah dari segi mental,” katanya yang pernah disunting oleh kelab Jerman, Bayern Leverkusen, pada usia 16 tahun, tetapi tidak bermain walau satu perlawanan selama dua tahun sebelum kembali ke kelab San Jose daripada Major Soccer League.
Jika Amerika mampu mengalahkan Sepanyol di Afrika Selatan, mereka pasti mampu mengancam England pada Sabtu depan.
Seramai 17 daripada 23 pemain dalam skuad muktamad Amerika mencari makan di Eropah. Ini bermakna mereka mempunyai pengalaman cukup untuk membantu Amerika mencatat keputusan baik.
Jika ada dua pasukan daripada Kumpulan C yang dijangka mara ke pusingan seterusnya, mereka ialah England dan Amerika.
SKUAD PIALA DUNIA AMERIKA SYARIKAT 2010
**Penjaga Gol** - Tim Howard Everton (ENG) Brad Guzan Aston Villa (ENG) Marcus Hahnemann Wolverhampton (ENG) **Pertahanan** - Carlos Bocanegra Rennes (FRA) Jonathan Bornstein Chivas USA (USA) Steve Cherundolo Hannover 96 (GER) Jay Demerit Watford (ENG) Clarence Goodson IK Start (NOR) Oguchi Onyewu AC Milan (ITA) Jonathan Spector West Ham (ENG) **Tengah** - DaMarcus Beasley Rangers (SCO) Michael Bradley Moenchengladbach (GER) Ricardo Clark Frankfurt (GER) Clint Dempsey Fulham (ENG) Maurice Edu Rangers (SCO) Benny Feilhaber AGF Aarhus (DEN) Stuart Holden Bolton Wanderers (ENG) Francisco Torres Pachuca (MEX) **Penyerang** - Jozy Altidore Hull City (ENG) Edson Buddle LA Galaxy (USA) Landon Donovan LA Galaxy (USA) Robbie Findley Salt Lake (USA) Herculez Gomez Puebla (MEX)