Ghana


Info Pasukan Ghana

Nama Negara Republik Ghana
Ibu Negara Accra
Gelaran Pasukan The Black Stars
Ketua Jurulatih Milovan Rajevac (Serbia)
Kapten / Ketua Pasukan Stephen Appiah (pemain tengah)
Ranking FIFA 32
Penampilan Piala Dunia 2 Kali (2006, 2010)
Rekod Terbaik Pusingan Kedua (2006)
Kekuatan Pasukan Bahagian tengah yang mantap.
Kelemahan Pasukan Tiada penyerang berkaliber dan bek kiri yang goyah.
Tonggak Utama Sulley Muntari (Inter Milan), Asamoah Gyan (Rennes)
Detik Diingati Asamoah Gyan menjaringkan gol terpantas Piala Dunia 2006 ketika menentang Republik Czech (68 saat)
Sasaran Menyamai pencapaian 2006.

Carta Kumpulan D

No Pasukan P M S K J B + / - Mt
1 JERMAN* 3 2 0 1 5 1 4 6
2 GHANA* 3 1 1 1 2 2 0 4
3 Australia 3 1 1 1 3 6 -3 4
4 Serbia 3 1 0 2 2 3 -1 3

Jadual Kumpulan D

No Tarikh (Hari) Masa Pasukan     Pasukan
1 13-06-2010 (Aha) 10.00 PM Serbia 0 1 Ghana
2 14-06-2010 (Isn) 02.30 AM Jerman 4 0 Australia
3 18-06-2010 (Jum) 07.30 PM Jerman 0 1 Serbia
4 19-06-2010 (Sab) 10.00 PM Ghana 1 1 Australia
5 24-06-2010 (Kha) 02.30 AM Ghana 0 1 Jerman
6 24-06-2010 (Kha) 02.30 AM Australia 2 1 Serbia

Pasukan Kumpulan D Pilihan Anda Yang Akan Mara Ke Pusingan Kedua?

  • Jerman (76%, 47 Votes)
  • Ghana (47%, 29 Votes)
  • Australia (35%, 22 Votes)
  • Serbia (8%, 5 Votes)

Total Voters: 62

Loading ... Loading ...

Ghana sukar ulangi pencapaian 2006

PADA penampilan sulung dalam Piala Dunia di Jerman empat tahun lalu, Ghana mara ke pusingan kedua tetapi peluang untuk mengulangi pencapaian tersebut adalah tipis.

Ini kerana selain daripada ketiadaan tonggak tengah paling berpengaruh, Michael Essien, yang belum cergas daripada kecederaan lututnya, bintang-bintang Ghana yang lain mula pudar.

Jurulatih Milovan Rajevac amat mengharapkan Essien, yang mengalami kecederaan semasa Piala Negara-Negara Afrika Januari lalu, akan pulih tetapi pemain Chelsea itu disahkan belum bersedia.

Sungguhpun sukar, Essien menerima hakikat ini sambil berkata: “Tiada guna saya terburu-buru kembali bermain yang bakal menimbulkan lebih banyak masalah. Saya perlu memikir jangka panjang kerjaya saya.”

Ketiadaannya merupakan tamparan kepada Ghana kerana Rajevac menyifatkannya sebagai ketua dan enjin pasukannya.

Masalah jurulatih Ghana itu tidak berakhir di situ kerana beliau terpaksa mengetepikan pemain midfield remaja, Emmanuel Agyemang-Badu, kerana kecederaan lutut.

Bintang muda berusia 19 tahun itu merupakan pemain terbaik Ghana dalam Piala Negara-Negara Afrika dengan membantu pasukannya menjadi naib juara.

Bagaimanapun, Rajevac pasti lega kerana pemain tengah Portsmouth, Kevin-Prince Boateng, mendapat pengesahan FIFA meskipun pernah mewakili Jerman di peringkat belia - ayahnya berbangsa Ghana dan ibunya Jerman.

Pada Piala Dunia 2006, selepas tewas dalam perlawanan pertama di tangan Itali, yang kemudian muncul juara, Ghana mengalahkan Amerika Syarikat dan Republik Czech untuk ke pusingan kedua.

Kini Ghana meletakkan harapan di pundak pemain-pemain John Pantsil daripada Fulham, Sulley Muntari (Inter Milan), Stephen Appiah (Bologna) dan Asamoah Gyan (Rennes) untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapain pada penampilan pertama itu.

Ghana, yang menduduki ranking ke-32 dunia dan paling rendah dalam Kumpulan D, akan membuka kempen Piala Dunia menentang Serbia pada 13 Jun, diikuti Australia 19 Jun dan pasukan pilihan, Jerman, 23 Jun ini.

SKUAD PIALA DUNIA GHANA 2010

**Penjaga Gol** -
Richard Kingson Wigan (ENG)
Daniel Agyei Liberty Professionals (GHA)
Stephen Ahorlu Hearts of Lions (GHA)
**Pertahanan** -
Samuel Inkoom FC Basel (SUI)
Jonathan Mensah Free State Stars (RSA)
Lee Addy Bechem Chelsea (GHA)
Rahim Ayew Zamalek (EGY)
Hans Sarpei Bayer Leverkusen (GER)
John Mensah Sunderland (ENG)
Isaac Vorsah Hoffenheim (GER)
John Paintsil Fulham (ENG)
**Tengah** -
Sulley Ali Muntari Inter Milan (ITA)
Derek Boateng Getafe (ESP)
Anthony Annan Rosenborg (NOR)
Kwadwo Asamoah Udinese (ITA)
André Ayew Arles-Avignon (FRA)
Stephen Appiah Bologna (ITA)
Quincy Owusu Abeyie Al-Sadd (QAT)
Kevin-Prince Boateng Portsmouth (ENG)
**Penyerang** -
Matthew Amoah NAC Breda (NED)
Asamoah Gyan Stade Rennais (FRA)
Prince Tagoe Hoffenheim (GER)
Dominic Adiyiah AC Milan (ITA)