Argentina
Info Pasukan Argentina
Nama Rasmi | Republik Argentina |
---|---|
Ibu Negara | Buenes Aires |
Gelaran Pasukan | La Albiceleste |
Ketua Jurulatih | Diego Maradona (Argentina) |
Kapten / Ketua Pasukan | Javier Mascherano (pemain tengah) |
Ranking FIFA | 7 |
Penampilan Piala Dunia | 15 Kali (1930-1934, 1958-1966, 1974-2010) |
Rekod Terbaik | Juara (1978, 1986) |
Kekuatan Pasukan | Mempunyai gandingan seimbang dan mentaliti pemain yang sentiasa dahaga kemenangan. |
Kelemahan Pasukan | Pertahanan yang kurang mantap. |
Tonggak Utama | Lionel Messi (Barcelona), Carlos Tevez (Manchester City), Sebastian Veron (Estudiantes). |
Detik Gemilang | 'Jaringan Terbaik' abad ini oleh Maradona ketika aksi menentang England Edisi 1986. |
Sasaran | Mara ke Final Piala Dunia 2010. |
Carta Kumpulan B
No | Pasukan | P | M | S | K | J | B | + / - | Mt |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ARGENTINA* | 3 | 3 | 0 | 0 | 7 | 1 | 6 | 9 |
2 | KOREA SELATAN* | 3 | 1 | 1 | 1 | 5 | 6 | -1 | 4 |
3 | Greece | 3 | 1 | 0 | 2 | 2 | 5 | -3 | 3 |
4 | Nigeria | 3 | 0 | 1 | 2 | 3 | 5 | -2 | 1 |
Jadual Kumpulan B
No | Tarikh (Hari) | Masa | Pasukan | Pasukan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 12-06-2010 (Sab) | 07.30 PM | Korea Selatan | 2 | 0 | Greece |
2 | 12-06-2010 (Sab) | 10.00 PM | Argentina | 1 | 0 | Nigeria |
3 | 17-06-2010 (Kha) | 07.30 PM | Argentina | 4 | 1 | Korea Selatan |
4 | 17-06-2010 (Kha) | 10.00 PM | Greece | 2 | 1 | Nigeria |
5 | 23-06-2010 (Rab) | 02.30 AM | Nigeria | 2 | 2 | Korea Selatan |
6 | 23-06-2010 (Rab) | 02.30 AM | Greece | 0 | 2 | Argentina |
Pasukan Kumpulan B Pilihan Anda Yang Akan Mara Ke Pusingan Kedua?
- Argentina (89%, 67 Votes)
- Korea Selatan (67%, 50 Votes)
- Greece (4%, 3 Votes)
- Nigeria (3%, 2 Votes)
Total Voters: 75
Argentina harap sentuhan ‘ajaib’ Maradona
JIKA dibandingkan dengan Sepanyol dan Brazil, Argentina mempunyai tenaga penggempur yang paling berbahaya. Siapa yang tidak kenal Lionel Messi (Barcelona), Carlos Tevez (Manchester City), Diego Milito (Inter Milan), Sergei Aguero (Atletico Madrid), Gonzalo Higuain (Real Madrid) dan Martin Palermo (Boca Junior).
Seperti Sepanyol dan Brazil, Argentina juga mempunyai kualiti dan pengalaman di barisan tengah dan pertahanannya. Suka ataupun tidak, Argentina wajar digolongkan bersama Sepanyol dan Brazil sebagai antara pasukan pilihan untuk menjulang Piala Dunia 2010.
Tetapi ada satu kekurangan ketara dalam pasukan itu jika dibandingkan dengan Sepanyol dan Brazil. Tentunya, ia menjurus kepada jurulatihnya, Diego Maradona.
Bekas kapten Argentina itu tidak mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan jika dibandingkan dengan Vicente Del Bosque yang memimpin Sepanyol ataupun Dunga yang mengendalikan latihan pasukan Brazil.
Sebagai pemain, Maradona ternyata unggul sebagaimana yang dibuktikannya dalam Piala Dunia Mexico 1986.
Tetapi sebagai jurulatih, kebolehannya masih diragukan terutama berhubung taktik pasukan dan pemilihan kesebelasan utamanya.
Bayangkan dalam lapan perlawanan kelayakan Piala Dunia Kumpulan Amerika Selatan selepas mengambil alih tempat Alfio Basile, kekurangan Maradona dari segi taktikal begitu ketara terutama sekali menyusuli kekalahan memalukan 1-6 di tangan Bolivia.
Sepatutnya, jawatan jurulatih Argentina diserahkan kepada Carlos Bianchi. Malangnya, beliau menolak tawaran itu dan memaksa presiden Persatuan Bola Sepak Argentina, Julio Grondona, mengalihkan perhatiannya kepada Maradona.
Di bawah pimpinan Maradona, Argentina terkial-kial menduduki tempat keempat dalam pusingan kelayakan, di belakang Brazil, Chile, dan Paraguay.
Namun, persembahannya dalam dua perlawanan ujian menentang Sepanyol dan Jerman memberikan semacam keyakinan tentang peluang pasukan itu untuk bersaing di Afrika Selatan nanti.
Argentina tewas tipis 1-2 di tangan juara Euro 2008, Sepanyol, sebelum menewaskan finalis Piala Dunia 2002, Jerman, 1-0.
“Kami mungkin bukan calon untuk menjadi juara tetapi Argentina akan bersaing dan berusaha melangkah sejauh mungkin,” demikian Maradona memberitahu.
Selain faktor Maradona, apakah lagi kekurangan bekas juara Piala Dunia dua kali itu?
Para pemainnya mungkin menyerlah apabila mewakili kelab masing-masing di Eropah tetapi sebaik-baik menyarungi jersi Argentina, persembahan mereka selalunya kurang mengancam.
Ini termasuk bintang pasukan, Messi, sehingga menjadi bahan perbualan di kalangan peminat negara tersebut.
Tetapi apa jua masalah Messi, Maradona menaruh keyakinan anak didiknya itu mampu melakukan sesuatu untuk menggemparkan pentas bola sepak terbesar dunia itu nanti sebagaimana yang dilakukannya dalam Piala Dunia 1986.
Messi akan dibenarkan bergerak bebas sama ada di kanan, kiri atau tengah padang - peranan yang dimainkannya dengan cemerlang semasa bersama kelabnya, Barcelona.
Diletakkan dalam Kumpulan B, Argentina dijangka tidak akan menghadapi masalah meneruskan perjuangannya ke pusingan kalah mati.
Jika Messi menyerlah, rakan-rakan sepasukannya akan turut menjadi berbahaya. Jangan terkejut jika Argentina menjadi juara.
Tetapi kini yang menjadi perbualan umum ialah jika ditakdirkan Argentina menjulang Piala Dunia, apakah Maradona akan menunaikan janjinya?
Apakah janji tersebut?
Maradona akan berlari dalam keadaan bogel di Obelisk di Buenos Aires. Bayangkan reaksi dunia jika peristiwa itu berlaku!
SKUAD PIALA DUNIA ARGENTINA 2010
**Penjaga Gol**
- Diego Pozo Atletico Colon (ARG) Mariano Andujar Catania (ITA) Sergio Romero AZ Alkmaar (NED) **Pertahanan** - Nicolas Burdisso AS Roma (ITA) Ariel Garce Atletico Colon (ARG) Gabriel Heinze Marseille (FRA) Nicolas Otamendi Velez Sarsfield (ARG) Clemente Rodriguez Estudiantes (ARG) Walter Samuel Inter (ITA) **Tengah** - Mario Bolatti Fiorentina (ITA) Martin Demichelis Bayern Munich (GER) Angel Di Maria Benfica (POR) Jonas Gutierrez Newcastle Utd (ENG) Javier Mascherano Liverpool (ENG) Javier Pastore Palermo (ITA) Maxi Rodriguez Liverpool (ENG) Juan Sebastian Veron Estudiantes (ARG) **Penyerang** - Sergio Aguero Atletico Madrid (ESP) Gonzalo Higuain Real Madrid (ESP) Lionel Messi Barcelona (ESP) Diego Milito Inter Milan (ITA) Mart¡n Palermo Boca Juniors (ARG) Carlos Tevez Manchester City (ENG)