Jepun
Info Pasukan Jepun
Nama Rasmi | Japan |
---|---|
Ibu Negara | Tokyo |
Gelaran Pasukan | Samurai |
Ketua Jurulatih | Takeshi Okada (Jepun) |
Kapten / Ketua Pasukan | Yuji Nakazawa (pertahanan) |
Ranking FIFA | 45 |
Penampilan Piala Dunia | 4 Kali (1998, 2002, 2006, 2010) |
Rekod Terbaik | Pusingan Kedua (2002) |
Kekuatan Pasukan | Semangat juang tinggi di kalangan pemain. |
Kelemahan Pasukan | Tiada penyudah yang baik |
Tonggak Utama | Shunsuke Nakamura (Yokohama), Yuji Nakazawa (Yokohama) |
Detik Diingati | Melayakkan diri ke Piala Dunia buat pertama kali pada 1998 |
Sasaran | Layak ke separuh akhir. |
Carta Kumpulan E
No | Pasukan | P | M | S | K | J | B | + / - | Mt |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | BELANDA* | 3 | 3 | 0 | 0 | 5 | 1 | 4 | 9 |
2 | JEPUN* | 3 | 2 | 0 | 1 | 4 | 2 | 2 | 6 |
3 | Denmark | 3 | 1 | 0 | 2 | 3 | 6 | -3 | 3 |
4 | Cameroon | 3 | 0 | 0 | 3 | 2 | 5 | -3 | 0 |
Jadual Kumpulan E
No | Tarikh (Hari) | Masa | Pasukan | Pasukan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 14-06-2010 (Isn) | 07.30 PM | Belanda | 2 | 0 | Denmark |
2 | 14-06-2010 (Isn) | 10.00 PM | Jepun | 1 | 0 | Cameroon |
3 | 19-06-2010 (Sab) | 07.30 PM | Belanda | 1 | 0 | Jepun |
4 | 20-06-2010 (Aha) | 02.30 AM | Cameroon | 1 | 2 | Denmark |
5 | 25-06-2010 (Jum) | 02.30 AM | Denmark | 1 | 3 | Jepun |
6 | 25-06-2010 (Jum) | 02.30 AM | Cameroon | 1 | 2 | Belanda |
Pasukan Kumpulan E Pilihan Anda Yang Akan Mara Ke Pusingan Kedua?
- Belanda (92%, 65 Votes)
- Jepun (39%, 28 Votes)
- Denmark (25%, 18 Votes)
- Cameroon (10%, 7 Votes)
Total Voters: 71
Jepun mengimpi tiket separuh akhir
Jurulatih Jepun, Takeshi Okada, berani meramalkan baru-baru ini pasukannya akan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala Dunia.
Antaranya, ia bertujuan untuk menggalak setiap pemainnya berlatih setiap hari dengan semangat yang sentiasa berkobar-kobar.
Jika Jepun bergantung kepada pengalaman dan kebolehan teknikal, pasukan itu mungkin sukar untuk mengatasi cabaran pusingan Kumpulan E.
“Dari segi kepuasan, saya ingin pasukan kami melayakkan diri dalam 16 ataupun lapan kelompok terakhir pertandingan ini. Kami ingin membuktikan sesuatu bukan sekadar bertahan dan memenangi perlawanan dengan jaringan nasib,” kata Okada.
Dari segi pengalaman, Jepun telah beraksi dalam tiga Piala Dunia yang lalu - 1998, 2002 dan 2006.
Tetapi sebelum Okada boleh memikirkan tentang peluangnya ke peringkat separuh akhir, apakah penilaiannya tentang tiga seterunya dalam Kumpulan E?
“Cameroon adalah pasukan terkemuka di Afrika. Belanda pula adalah terlalu gagah. Barangkali saya tidak wajar menyebutnya tetapi saya lebih suka menentang pasukan itu daripada Brazil ataupun Sepanyol. Denmark adalah sebuah pasukan yang tersusun permainannya,” kata Okada.
Dengan pengakuan seperti ini, apakah Jepun boleh melangkah jauh dalam pertandingan ini?
Melihat kepada perlawanan-perlawanan ujian, persembahan Jepun yang selesa beraksi dengan susunan permainan 4-4-2, kurang meyakinkan termasuk kekalahan 0-2 di tangan Korea Selatan.
Terakhir pasukan itu tewas 1-2 di tangan England dengan Tulio Tanaka menyumbatkan gol tunggal pasukan tersebut.
Kini terpulang kepada pemain berpengalaman seperti Shunsuke Nakamura yang terkenal dengan tendangan percumanya untuk melakukan yang mengagumkan untuk menyempurnakan impian jurulatihnya itu.
SKUAD PIALA DUNIA JEPUN 2010
**Penjaga Gol** - Seigo Narazaki Nagoya Grampus Eiji Kawashima Kawasaki Frontale Yoshikatsu Kawaguchi Jubilo Iwata **Pertahanan** - Markus Tulio Tanaka Nagoya Grampus Yuji Nakazawa Yokohama F Marinos Atsuto Uchida Kashima Antlers Yuto Nagatomo FC Tokyo Taiki Iwamasa Kashima Antlers Yuichi Komano Jubilo Iwata Yasuyuki Konno FC Tokyo **Tengah** - Shunsuke Nakamura Yokohama F Marinos Yasuhito Endo Gamba Osaka Makoto Hasebe Wolfsburg (GER) Keisuke Honda CSKA Moscow (RUS) Yuki Abe Urawa Reds Junichi Inamoto Kawasaki Frontale Kengo Nakamura Kawasaki Frontale Daisuke Matsui Grenoble (FRA) **Penyerang** - Keiji Tamada Nagoya Grampus Shinji Okazaki Shimizu S-Pulse Takayuki Morimoto Catania (ITA) Yoshito Okubo Vissel Kobe Kisho Yano Albirex Niigata