Perancis


Info Pasukan Perancis

Nama Negara Perancis
Ibu Negara Paris
Gelaran Pasukan Les Blues
Ketua Jurulatih Raymond Domenech (Perancis)
Kapten / Ketua Pasukan William Gallas (bek tengah)
Ranking FIFA 9
Penampilan Piala Dunia 13 Kali (1930-1938, 1954-1958, 1966, 1978-1986, 1998-2010)
Rekod Terbaik Juara (1998)
Kekuatan Pasukan Mempunyai rangkaian penyerang yang cukup berkesan.
Kelemahan Pasukan Tidak mempunyai keseimbangan di bahagian pertahanan tengah.
Tonggak Utama Nicolas Anelka (Chelsea), Thierry Henry (Barcelona), Frank Ribery (Bayern Munich), Karem Benzema (Real Madrid).
Detik Gemilang Muncul pasukan pertama menjuarai Piala Dunia (1998) dan Piala Eropah (2000) berturut-turut.
Sasaran Menjuarai Piala Dunia 2010.

Carta Kumpulan A

No Pasukan P M S K J B + / - Mt
1 URUGUAY* 3 2 1 0 4 0 4 7
2 MEXICO* 3 1 1 1 3 2 1 4
3 Afrika Selatan 3 1 1 1 3 5 -2 4
4 Perancis 3 0 1 2 1 4 -3 1

Jadual Kumpulan A

No Tarikh (Hari) Masa Pasukan     Pasukan
1 11-06-2010 (Jum) 10.00 PM Afrika Selatan 1 1 Mexico
2 12-06-2010 (Sab) 02.30 AM Uruguay 0 0 Perancis
3 17-06-2010 (Kha) 02.30 AM Afrika Selatan 0 3 Uruguay
4 18-06-2010 (Jum) 02.30 AM Perancis 0 2 Mexico
5 22-06-2010 (Sel) 10.00 PM Mexico 0 1 Uruguay
6 22-06-2010 (Sel) 10.00 PM Perancis 1 2 Afrika Selatan

Pasukan Kumpulan A Pilihan Anda Yang Akan Mara Ke Pusingan Kedua?

  • Uruguay (49%, 33 Votes)
  • Mexico (45%, 30 Votes)
  • Afrika Selatan (39%, 26 Votes)
  • Perancis (36%, 24 Votes)

Total Voters: 67

Loading ... Loading ...

Perancis bergelut sebelum layak ke Piala Dunia

PERANCIS mungkin mengalami prestasi turun naik dalam pusingan kelayakan tetapi ia tidak menjejas kedudukan antara pasukan yang harus diberi perhatian dalam Piala Dunia 2010 ini.

Juara 1998 itu terpaksa bermain dalam perlawanan penentuan Eropah selepas kalah kepada Serbia dalam kempen kumpulannya.

Malah ia mungkin tidak melayakkan diri ke Afrika Selatan ini jika tidak kerana gol kontroversial, dengan Thierry Henry menggunakan tangan bagi membuka peluang William Gallas menjaringkan gol kemenangan ke atas Republik Ireland.

Perancis mencatatkan rekod buruk di padang lawan dalam kempen kelayakan Eropah. Ia tewas di Austria dalam perlawanan pertama, disusuli seri dengan Romania dan Serbia.

Tetapi tiada siapa akan memperkecilkan naib juara Piala Dunia 2006 ini, yang memiliki barisan pemain veteran berpengalaman dan bintang-bintang berkualiti.

Bagaimanapun, Perancis perlu menunjukkan potensi sebenarnya untuk memenuhi jangkaan tersebut dengan sekurang-kurangnya memenangi Kumpulan A bersama Mexico, Uruguay dan Afrika Selatan.

Ini bermakna pasukan pimpinan Raymond Domenech perlu segera bangkit kerana persembahannya dalam dua perlawanan ujian terakhir kurang meyakinkan.

Selepas terkial-kial menewaskan Costa Rica 2-1, Perancis harus sekali lagi berterima kasih kepada Gallas kerana menjaringkan gol penyamaan 1-1 dengan Tunisia. Terbaru Perancis tewas 0-1 di tangan China.

Namun Domenech tidak terlalu risau dengan persembahan dan keputusan-keputusan ini.

Beliau berkata: “Keputusan perlawanan-perlawanan ujian tidak boleh dijadikan sandaran. Kami sedang bergerak di landasan yang betul dan perlawanan-perlawanan yang bermula 11 Jun ini adalah lebih penting.”

Perancis memulakan kempen Piala Dunia ini menentang juara dua kali, Uruguay, pada 12 Jun.

Domenech, yang telah lebih awal memutuskan skuad 23 pemain, berharap bintang-bintangnya termasuk Franck Ribery akan menyerlah seperti sebagaimana bersama kelabnya, Bayern Munich, yang memenangi dua kejuaraan Jerman musim ini.

Tetapi seorang pemain yang mungkin menonjol dan membawa harapan Perancis ialah pemain sayap, Mathieu Valbuena, yang menjaringkan gol dalam penampilan sulung ketika menewaskan Costa Rica.

Valbuena, 25 tahun, baru diserapkan selepas persembahan menggalakkan bersama Marseille dan Domenech berharap muka baru ini akan menyerlah seperti Ribery, yang diundangnya sebelum Piala Dunia 2006.

“Adalah sungguh istimewa saya dapat menyertai Piala Dunia kerana ia hanya disertai pemain-pemain yang cemerlang,” kata Valbuena.

“Dan menjaringkan gol dalam penampilan sulung bersama pasukan negara, ia sesuatu yang sungguh hebat dan membanggakan.”

Domenech pula berkata: “Saya berharap beliau (Valbuena) dapat mengekalkan kecemerlangannya semasa membantu Marseille menjuarai Liga dan Piala Liga Perancis musim ini.

“Beliau adalah pemain yang bijak dan bermain mengikut kekuatannya. Saya menggalakkan beliau supaya berani menggelecek lawan dan inilah yang telah kita saksikan.”

Kecergasan Gallas pasti menceriakan jurulatih Perancis itu selepas pemain pertahanan Arsenal itu beraksi dalam dua perlawanan ujian - yang pertama sejak mengalami masalah kecederaan otot betis pada 31 Mac lalu.

Kemunculan bintang-bintang baru dijangka menjejas kedudukan Henry dalam kesebelasan utama.

Bagaimanapun, Henry tidak sedikit pun bersungut menghadapi kemungkinan memanaskan bangku simpanan dalam Piala Dunia ini.

SKUAD PIALA DUNIA PERANCIS 2010

**Penjaga Gol**
-
Hugo Lloris Lyon (FRA)
Steve Mandanda Marseille (FRA)
Cedric Carrasso Bordeaux (FRA)
**Pertahanan** -
Eric Abidal Barcelona (ESP)
Gael Clichy Arsenal (ENG)
Patrice Evra Manchester Utd (ENG)
William Gallas Arsenal (ENG)
Marc Planus Bordeaux (FRA)
Anthony Reveillere Lyon (FRA)
Bacary Sagna Arsenal (ENG)
Sebastien Squillaci Sevilla FC (ESP)
**Tengah** -
Abou Diaby Arsenal (ENG)
Alou Diarra Bordeaux (FRA)
Yoann Gourcuff Bordeaux (FRA)
Florent Malouda Chelsea (ENG)
Franck Ribery Bayern Munich (GER)
Jeremy Toulalan Lyon (FRA)
Mathieu Valbuena Marseille (FRA)
**Penyerang** -
Nicolas Anelka Chelsea (ENG)
Djibril Cisse Panathinaikos (GRE)
Andre-Pierre Gignac Toulouse (FRA)
Sidney Govou Lyon (FRA)
Thierry Henry Barcelona (ESP)