Chile
Info Pasukan Chile
Nama Negara | Republik Chile |
---|---|
Ibu Negara | Santiago |
Gelaran Pasukan | La Roja (The Red One) |
Ketua Jurulatih | Marcelo Bielsa (Argentina) |
Kapten / Ketua Pasukan | Claudio Bravo (penjaga gol) |
Ranking FIFA | 18 |
Penampilan Piala Dunia | 8 Kali (1930, 1950, 1962, 1966, 1974, 1982, 1998, 2010) |
Rekod Terbaik | Separuh Akhir (1962) |
Kekuatan Pasukan | Mengamalkan corak permainan menyerang. |
Kelemahan Pasukan | Pertahanan sering melakukan kesilapan. |
Tonggak Utama | Alexis Sanchez (Inter Milan), Humberto Suazo (Monterrey) |
Detik Diingati | Menduduki tempat ketiga pada Piala Dunia 1962 di halaman sendiri. |
Sasaran | Mara ke pusingan kedua. |
Carta Kumpulan H
No | Pasukan | P | M | S | K | J | B | + / - | Mt |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | SEPANYOL* | 3 | 2 | 0 | 1 | 4 | 2 | 2 | 6 |
2 | CHILE* | 3 | 2 | 0 | 1 | 3 | 2 | 1 | 6 |
3 | Switzerland | 3 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 0 | 4 |
4 | Honduras | 3 | 0 | 1 | 2 | 0 | 3 | -3 | 1 |
Jadual Kumpulan H
No | Tarikh (Hari) | Masa | Pasukan | Pasukan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 16-06-2010 (Rab) | 07.30 PM | Honduras | 0 | 1 | Chile |
2 | 16-06-2010 (Rab) | 10.00 PM | Sepanyol | 0 | 1 | Switzerland |
3 | 21-06-2010 (Isn) | 10.00 PM | Chile | 1 | 0 | Switzerland |
4 | 22-06-2010 (Sel) | 02.30 AM | Sepanyol | 2 | 0 | Honduras |
5 | 26-06-2010 (Sab) | 02.30 AM | Chile | 1 | 2 | Sepanyol |
6 | 26-06-2010 (Sab) | 02.30 AM | Switzerland | 0 | 0 | Honduras |
Pasukan Kumpulan H Pilihan Anda Yang Akan Mara Ke Pusingan Kedua?
- Sepanyol (92%, 67 Votes)
- Chile (56%, 41 Votes)
- Switzerland (18%, 13 Votes)
- Honduras (3%, 2 Votes)
Total Voters: 73
Chile mahu lebih gemilang berbanding skuad 1998
GAGAL ke pusingan akhir sejak 1998, jelas tiada siapa di Chile akan memarahi jurulatih yang mereka hormati, Marcelo Bielsa, sekiranya La Roja gagal pergi jauh di Afrika Selatan kerana pasukan itu sudah melakar satu kejayaan yang melepasi jangkaan.
Namun bagaimana pengendali berbangsa Argentina itu menangani kekecewaan sendiri sekiranya pasukan yang berjaya mencuri imaginasi berjuta penduduk negara angkatnya dan pemerhati bebas gagal mencapai standard tinggi yang diciptanya.
Tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan pasti satu tamparan besar buat Bielsa, yang kecewa apabila pasukan Argentina kendaliannya tersungkur pada halangan pertama pada 2002 di Korea/Jepun.
Sebagai satu-satunya jurulatih dalam Kumpulan H yang pernah ke pusingan akhir sebelum ini, beliau mungkin lebih terdesak untuk menamatkan pusingan akhir kali ini lebih bagus daripada di Jepun.
Pengalamannya lapan tahun lalu mungkin memberikan Bielsa ketahanan psikologi yang lebih kuat untuk berdepan dengan kegagalan, dan beliau sering berkata pelajaran sebenar adalah mencari jalan untuk memperbetulkan keadaan daripada satu kegagalan.
Bagaimanapun, adakah Chile benar-benar bergantung terhadap jurulatih mereka?
Bielsa sering cuba meyakinkan ramai bahawa pujian sebenar terhadap kempen kelayakan cemerlang Chile seharusnya menjadi milik pemain kerana keupayaan mereka mengamalkan ideanya di atas padang.
Mereka nyata bertindak balas bagus terhadap corak latihannya dan beliau bekerja dengan satu generasi pemain yang bagus, sebahagian daripadanya hadir daripada skuad yang menduduki tangga ketiga pada Piala Dunia Bawah 20 Tahun pada 2007.
Perlawanan terakhir mereka menentang Sepanyol, yang diperkuatkan oleh tonggak utama dari Barcelona, adalah satu daripada perlawanan yang bakal menjadi tumpuan utama di Afrika Selatan, memaparkan dua pasukan yang permainan hantaran dan komitmen kuat untuk menyerang.
Namun dengan Sepanyol dilihat sebagai pilihan utama kumpulan itu, dan Honduras dianggap sebagai pasukan paling lemah, harapan Chile untuk mara ke pusingan berikutnya bergantung sekiranya mereka berjaya mengalahkan Switzerland.
Keyakinan tinggi apabila pasukan Bielsa cemerlang ketika menentang lawan dari Eropah dengan mengalahkan Slovakia 2-1 November lalu, dan terbaru mengatasi Israel 3-0 dan Ireland Utara 1-0 di gelanggang sendiri.
Bagaimanapun, persediaan untuk ke pusingan akhir diganggu oleh faktor luaran apabila mereka terlepas aksi perlawanan persahabatan menentang Jerman pada November, selepas penjaga gol lawan Robert Enke membunuh diri dan mereka terpaksa membatalkan dua perlawanan persahabatan Mac lalu disebabkan gempa bumi yang melanda bahagian selatan-tengah negara itu.
Chile layak ke Afrika Selatan hasil kemenangan 4-2 ke atas Colombia pada perlawanan kedua terakhir mereka di pusingan kelayakan.
Mereka terhutang budi terhadap pemain gantian, Jorge Valdivia yang menjaringkan satu gol dan membantu mencipta tiga gol lagi.
Hakikat mereka berakhir sebagai naib juara zon Amerika Selatan di belakang juara Brazil, hanya ketinggalan satu mata di belakang dan dengan lebih banyak kemenangan (10), menceritakan kejayaan Bielsa yang dibawanya ke negara itu.
SKUAD PIALA DUNIA CHILE 2010
**Penjaga Gol** - Claudio Bravo Real Sociedad (ESP) Miguel Pinto Universidad de Chile Luis Marin Union Espanola **Pertahanan** - Waldo Ponce Universidad Catolica Gary Medel Boca Juniors (ARG) Arturo Vidal Bayer Leverkusen (GER) Ismael Fuentes Universidad Catolica Pablo Contreras PAOK (GRE) Gonzalo Jara West Bromwich Albion (ENG) Mauricio Isla Udinese (ITA) **Tengah** - Gonzalo Fierro Flamengo (BRA) Carlos Carmona Reggina (ITA) Rodrigo Millar Flamengo (BRA) Marco Estrada Universidad de Chile Rodriguez Tello Besiktas (TUR) Matias Fernandez Sporting (POR) Jorge Valdivia Al Ain (UAE) **Penyerang** - Mark Gonzalez CSKA Moscow (RUS) Jean Beausejour America (MEX) Alexis Sanchez Udinese (ITA) Esteban Paredes Colo Colo Humberto Suazo Zaragoza (ESP) Fabian Orellana Xerez (ESP)