Jerman


Info Pasukan Jerman

Nama Negara Republik Jerman
Ibu Negara Berlin
Gelaran Pasukan Die Mannschaft
Ketua Jurulatih Joachim Loew (Jerman)
Kapten / Ketua Pasukan Philipp Lahm (bek)
Ranking FIFA 6
Penampilan Piala Dunia 17 Kali (1934, 1938, 1958-2010)
Rekod Terbaik Juara (1954, 1974, 1990)
Kekuatan Pasukan Kecergasan dan motivasi tinggi para pemain.
Kelemahan Pasukan Gagal menampil aksi cemerlang berdepan Brazil, Sepanyol dan Itali
Tonggak Utama Miroslav Klose (Bayern Munich), Mesut Oezil (Werder Bremen).
Detik Diingati Jaringan kemenangan Helmut Rahn ke atas Hungary pada final 1954.
Sasaran Menyamai pencapaian edisi 2006.

Carta Kumpulan D

No Pasukan P M S K J B + / - Mt
1 JERMAN* 3 2 0 1 5 1 4 6
2 GHANA* 3 1 1 1 2 2 0 4
3 Australia 3 1 1 1 3 6 -3 4
4 Serbia 3 1 0 2 2 3 -1 3

Jadual Kumpulan D

No Tarikh (Hari) Masa Pasukan     Pasukan
1 13-06-2010 (Aha) 10.00 PM Serbia 0 1 Ghana
2 14-06-2010 (Isn) 02.30 AM Jerman 4 0 Australia
3 18-06-2010 (Jum) 07.30 PM Jerman 0 1 Serbia
4 19-06-2010 (Sab) 10.00 PM Ghana 1 1 Australia
5 24-06-2010 (Kha) 02.30 AM Ghana 0 1 Jerman
6 24-06-2010 (Kha) 02.30 AM Australia 2 1 Serbia

Pasukan Kumpulan D Pilihan Anda Yang Akan Mara Ke Pusingan Kedua?

  • Jerman (76%, 47 Votes)
  • Ghana (47%, 29 Votes)
  • Australia (35%, 22 Votes)
  • Serbia (8%, 5 Votes)

Total Voters: 62

Loading ... Loading ...

Jerman mahu akhiri kemarau kejuaraan

SEDANG perhatian tertumpu kepada Brazil, Argentina, England dan Belanda, usah lupa kemungkinan Jerman mencatatkan kejayaan pada Piala Dunia 2010 ini.

Sungguhpun tanpa beberapa pemain utama kerana cedera, termasuk kapten Michael Ballack, Jerman masih mempunyai cukup pemain berpengalaman untuk meningkatkan cabaran di Afrika Selatan nanti.

Jerman telah memenangi Piala Dunia tiga kali - 1954, 1974 dan 1990 - dan memburu kejuaraan keempat selepas menjadi naib juara pada 2002 dan tempat ketiga empat tahun lalu.

Tidak dapat dinafikan Jerman kehilangan kewibawaan pimpinan Ballack tetapi kapten baru, Philipp Lahm, dan pembantunya, Bastian Schweinsteiger, tidak kurang hebat dan berpengalaman untuk memimpin rakan-rakan muda mereka.

Sebagai permulaan, Jerman menyasarkan tempat di separuh akhir - sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian minimum mereka pada dua Piala Dunia yang lalu.

“Matlamat kami ialah ke separuh akhir tetapi perlu terlebih dahulu menangani peringkat kumpulan,” kata Lahm sebagai mengulas saingan Kumpulan D yang terdiri daripada Serbia, Australia dan Ghana.

“Kami mempunyai pasukan yang bagus dan para pemain utama perlu memastikan tiada timbul sebarang keraguan tentang kemampuan kami.

“Suasana amat baik dan kehadiran ramai pemain muda memberi kesegaran kepada pasukan dan mereka juga kelihatan begitu bersedia,’ tambah bintang berusia 26 tahun itu.

Selain tanpa Ballack, jurulatih Joachim Loew juga kehilangan pemain pertahanan yang juga boleh bermain di midfield, Heiko Westermann.

Penjaga gawang utama, Rene Adler, dan Simon Rolfes, yang pasti disertakan dalam skuad terakhir, juga mengalami kecederaan.

Loew, yang enggan mengundang pemain-pemain baru meskipun mengalami masalah kecederaan, dijangka tidak membuat sebarang perubahan sistem permainannya meskipun kehilangan beberapa bintang utama.

Malah Lahm, bek kanan Bayern Munich, menyatakan beliau kurang selesa sekiranya ditugaskan sebagai midfield defensif.

“Adalah lebih baik mengekalkan peranan seseorang pemain itu,” ujarnya. “Oleh itu usah fikirkan peranan midfield defensif untuk saya kerana hanya sekali saya memainkan peranan tersebut dalam enam tahun.”

Loew telah mencuba muka baru, Sami Khedira, mengisi kekosongan tempat Ballack dan hasilnya menggalakkan dan besar kemungkinan pemain berusia 23 tahun itu akan meneruskan tugas itu di Afrika Selatan, meskipun hanya baru tiga kali menyarung jersi negaranya.

“Sami menunjukkan potensi besar dan beliau telah diberi tanggungjawab besar oleh kelabnya, Stuttgart,” komen Loew selepas memberi latihan khas kepada Khediri di kem latihan.

Pemain muda itu menunjukkan kematangannya dan dengan pemain-pemain berpengalaman seperti Lahm, Schweinsteiger dan penyerang veteran, Miroslav Klose, di sekelilingnya, Khediri mampu memenuhi jangkaan jurulatih itu.

Bekas bintang dan jurulatih Jerman, Jurgen Klinsmann, turut melahirkan keyakinan pasukan pimpinan Loew mampu menyerlah dan membuat kejutan dalam Piala Dunia ini.

“Saya percaya pasukan yang ada sekarang manangani cabaran dan membawa kejuaraan keempat,” tegas jurulatih yang memimpin Jerman menduduki tempat ketiga dalam Piala Dunia 2006.

SKUAD PIALA DUNIA JERMAN 2010

**Penjaga Gol** -
Manuel Neuer Schalke 04
Tim Wiese Werder Bremen
Hans-Joerg Butt Bayern Munich
**Pertahanan** -
Philipp Lahm Bayern Munich
Dennis Aogo Hamburger SV
Holger Badstuber Bayern Munich
Jerome Boateng Hamburger SV
Per Mertesacker Werder Bremen
Serdar Tasci Stuttgart
Arne Friedrich Hertha Berlin
**Tengah** -
Bastian Schweinsteiger Bayern Munich
Sami Khedira Stuttgart
Piotr Trochwoski Hamburger SV
Marko Marin Werder Bremen
Mesut Ozil Werder Bremen
Toni Kroos Bayern Munich
Marcell Jansen Hamburger SV
**Penyerang** -
Mario Gomez Bayern Munich
Cacau Stuttgart
Thomas Mueller Bayern Munich
Miroslav Klose Bayern Munich
Lukas Podolski 1 FC Koeln
Stefan Kiessling Bayer Leverkusen