Serbia


Info Pasukan Serbia

Nama Negara Republik Serbia
Ibu Negara Belgrade
Gelaran Pasukan Beli Orvoli (Helang Putih)
Ketua Jurulatih Radomir Antic (Serbia)
Kapten / Ketua Pasukan Dejan Stankovic (pemain tengah)
Ranking FIFA 15
Penampilan Piala Dunia Penyertaan kali pertama.
Rekod Terbaik -
Kekuatan Pasukan Memiliki benteng pertahanan yang kuat.
Kelemahan Pasukan Bahagian tengah.
Tonggak Utama Dejan Stankovic (Inter Milan), Nemanja Vidic (Manchester United).
Detik Diingati Beraksi kali pertama di pentas tertinggi sebagai sebuah negara bebas.
Sasaran Menampil aksi terbaik di peringkat kumpulan.

Carta Kumpulan D

No Pasukan P M S K J B + / - Mt
1 JERMAN* 3 2 0 1 5 1 4 6
2 GHANA* 3 1 1 1 2 2 0 4
3 Australia 3 1 1 1 3 6 -3 4
4 Serbia 3 1 0 2 2 3 -1 3

Jadual Kumpulan D

No Tarikh (Hari) Masa Pasukan     Pasukan
1 13-06-2010 (Aha) 10.00 PM Serbia 0 1 Ghana
2 14-06-2010 (Isn) 02.30 AM Jerman 4 0 Australia
3 18-06-2010 (Jum) 07.30 PM Jerman 0 1 Serbia
4 19-06-2010 (Sab) 10.00 PM Ghana 1 1 Australia
5 24-06-2010 (Kha) 02.30 AM Ghana 0 1 Jerman
6 24-06-2010 (Kha) 02.30 AM Australia 2 1 Serbia

Pasukan Kumpulan D Pilihan Anda Yang Akan Mara Ke Pusingan Kedua?

  • Jerman (76%, 47 Votes)
  • Ghana (47%, 29 Votes)
  • Australia (35%, 22 Votes)
  • Serbia (8%, 5 Votes)

Total Voters: 62

Loading ... Loading ...

Serbia sedia cabar Jerman

SERBIA terpaksa berjuang dengan masa untuk membuktikan potensi sebenarnya dalam Piala Dunia 2010 minggu depan.

Selepas pencapaian cemerlang dengan memenangi pusingan kelayakan Eropah termasuk mengatasi Perancis dalam kumpulannya, kini moral pemain-pemain Serbia berada pada tahap yang rendah.

Ini menyusuli persembahan mengecewakan dalam dua perlawanan ujiannya - kurang 10 hari menjelang pembukaan Piala Dunia di Afrika Selatan.

Selepas tewas 0-1 di tangan pasukan finalis Piala Dunia, New Zealand, anak buah Radomir Antic sekadar seri 0-0 dengan Poland.

Langkah Antic merombak kesebelasannya gagal menghasilkan persembahan positif. Hujan lebat yang melembapkan padang memburukkan lagi keadaan.

Beliau merehatkan bintang pertahanannya, Nemanja Vidic, dan bentengnya kelihatan kucar-kacir pada 30 minit pertama. Kecemerlangan penjaga gawang Bojan Isailovic menyelamatkan Serbia daripada kekalahan.

Yang jelas, permainan Serbia kurang kreatif dan lincah. Ia banyak bergantung kepada serangan balas dua penyerangnya - Danko Lazovic dan Nikola Zigic.

Tetapi Vidic nampaknya tidak begitu bimbang dan optimis pasukannya dapat mempamerkan persembahan yang baik di Afrika Selatan nanti.

“Ia bukanlah persembahan yang terlalu buruk. Hanya umpanan-umpanan terakhir kurang menjadi,” kata bintang pertahanan Manchester United itu.

“Kami yakin akan berada pada tahap persembahan yang baik apabila Piala Dunia bermula. Kami memahami keprihatinan dan kekecewaan sebahagian peminat.”

Vidic, yang disertakan dalam skuad Piala Dunia 2006 tetapi tidak dapat beraksi kerana digantung dan kecederaan lutut, berazam meninggalkan impak di Afrika Selatan.

“Ini adalah penampilan pertama saya dalam Piala Dunia dan mungkin juga yang terakhir. Saya amat berharap dapat mencatat kejayaan memuaskan - sekurang-kurang layak antara 16 pasukan terakhir,” kata Vidic.

“Kami ghairah dan teruja menanti perlawanan pertama menentang Ghana,” tambah Vidic.

Selepas bertemu Ghana, ia akan memikul tugas lebih berat menentang pilihan Kumpulan D, Jerman, pada 18 Jun dan kemudian Australia pada 24 Jun.

SKUAD PIALA DUNIA SERBIA 2010

Goalkeepers -
Vladimir Stojkovic Sporting CP (POR)
Bojan Isailovic Zaglebie Lubin (POL)
Andjelko Djuricic Uniao Leiria (POR)
Defenders -
Branislav Ivanovic Chelsea (ENG)
Antonio Rukavina 1860 Munich (GER)
Nemanja Vidic Manchester United (ENG)
Neven Subotic Borussia Dortmund (GER)
Aleksandar Lukovic Udinese (ITA)
Ivan Obradovic Zaragoza (ESP)
Aleksandar Kolarov Lazio (ITA)
Midfielders -
Dejan Stankovic Inter (ITA)
Gojko Kacar Hertha Berlin (GER)
Nenad Milijas Wolverhampton Wanderers (ENG)
Radosav Petrovic Partizan
Zdravko Kuzmanovic Stuttgart (GER)
Milos Krasic CSKA Moscow (RUS)
Zoran Tosic Manchester United (ENG)
Milos Ninkovic Dynamo Kiev (UKR)
Milan Jovanovic Standard Liege (BEL)
Forwards -
Nikola Zigic Birmingham City (ENG)
Marko Pantelic Ajax (NED)
Danko Lazovic Zenit St. Petersburg (RUS)
Dragan Mrdja Vojvodina Novi Sad