[VIDEO] Belanda vs Brazil versi 1998
July 2, 2010 by admin · Tulis komen
Venue: Stade Velodrome, Marseille
Penonton: 54,000
Peringkat: Separuh Akhir
Perlawanan: Match #61
Kickoff: 21.00 7 Julai 1998 (Local Time)
Keputusan: [Berita penuh...]
Gol Ronaldo vs Korea Utara [VIDEO]
June 21, 2010 by admin · Tulis komen
VIDEO: Gol Jaringan Cristiano Ronaldo [Portugal 7-0 Korea Utara]
Ronaldo akhiri kemarau jaringan
June 21, 2010 by admin · Tulis komen
SEBELUM kejohanan Piala Dunia 2010 bermula, penyerang Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo dicanang-canang antara bintang yang akan menyerlah [Berita penuh...]
Portugal 7 Korea Utara 0
PORTUGAL mencipta rekod kemenangan terbesar Piala Dunia 2010 setakat ini apabila membelasah Korea Utara 7-0 dalam aksi Kumpulan G di Stadium Green Point, [Berita penuh...]
Ivory Coast vs Portugal: Ronaldo vs Drogba
MESKIPUN masih dibayangi kecederaan siku, namun kelibat Didier Drogba tetap dinantikan peminat bola sepak seluruh dunia apabila Ivory Coast [Berita penuh...]
Brazil Juara Piala Dunia 2002
May 28, 2010 by admin · Tulis komen
DUA gol jaringan Ronaldo memastikan Brazil bergelar juara Piala Dunia 2002 selepas menewaskan Jerman 2-0 pada aksi final kejohanan edisi ke-17 yang pertama kali dianjurkan di benua Asia.
Kemenangan itu juga menebus kehampaan Brazil yang tewas kepada Perancis pada perlawanan akhir 1998.
Ronaldo menjaringkan gol pertama pada minit ke-67 selepas rembatan jauh Rivaldo gagal ditangkap kemas Oliver Kahn, manakala gol kedua hadir 12 minit selepas itu.
Tuan rumah bersama, Korea Selatan yang mengejutkan ramai pihak selepas berjaya mara ke peringkat separuh akhir tewas 2-3 kepada Turki bagi penentuan tempat ketiga.
Penyerang Brazil, Ronaldo turut memenangi anugerah Kasut Emas selepas muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan lapan gol manakala Oliver Kahn merangkul Pemain Terbaik kejohanan.
Pasukan paling mengecewakan ialah Perancis yang tampil dengan reputasi selaku juara bertahan, namun tersingkir di peringkat kumpulan. Lebih aib Perancis pulang tanpa mampu menjaringkan sebarang gol dan berada di tangga tercorot kumpulan.
Perancis Juara Piala Dunia 1998
May 28, 2010 by admin · Tulis komen
PERANCIS muncul pasukan terbaru bergelar juara Piala Dunia apabila menewaskan pasukan pilihan, Brazil pada aksi final 1998 di halaman sendiri dengan Zinedine Zidane muncul watak utama memacu kejayaan tuan rumah.
Zidane menanduk masuk dua kali bola sepakan penjuru pada minit ke-27 dan hujung babak pertama. Gol ketiga Perancis dijaringkan oleh Emmanuel Petit beberapa detik sebelum perlawanan berakhir.
Croatia muncul pasukan tempat ketiga terbaik selepas menewaskan Belanda 2-1.
Penyerang Brazil, Ronaldo muncul pemain terbaik kejohanan manakala penyerang Croatia, Davor meraih anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak dengan enam gol.