Nigeria uji kewibawaan Maradona
June 12, 2010 by admin · Tulis komen
JARANG sekali tanda soal besar menyelubungi Argentina pada permulaan Piala Dunia seperti yang berlegar terhadap barisan Diego Maradona apabila menentang [Berita penuh...]
Maradona sedia ganding 3 penyerang
June 11, 2010 by admin · Tulis komen
JURULATIH Argentina, Diego Maradona dilihat bakal membariskan tiga penyerang pada aksi pembukaan Piala Dunia 2010 Kumpulan B menentang Nigeria esok. [Berita penuh...]
Argentina Juara Piala Dunia 1986
May 28, 2010 by admin · Tulis komen
EDISI Ke-13 di Mexico 1986 menyaksikan kelahiran legenda baru bola sepak dunia apabila muncul watak bernama Diego Armando Maradona memperaga aksi hebat memacu Argentina muncul juara Piala Dunia buat kali kedua selepas menewaskan Jerman Barat 3-2 pada aksi final.
Selepas era Pele berakhir pada 1970, tiada mana-mana pemain sebelum muncul Maradona yang “secara bersendirian” mampu menjulang Piala Dunia yang kemudiannya terpilih sebagai The Player of the Tournament.
Selepas kedudukan terikat 2-2, Maradona mengumpan kepada Jorge Burruchaga untuk menjaringkan gol kemenangan buat Argentina.
Aksi paling kontroversi ialah perlawanan suku akhir antara Argentina dan England yang menyaksikan Maradona menjaringkan dua gol untuk membenam The Three Lions 2-1, termasuk satu gol kontroversi yang dikenali dengan “gol tangan Tuhan”.
Maradona pada akhirnya mengakui beliau menjaringkan gol berkenaan dengan tangannya.