TOTTENHAM bangkit dengan dua gol pada babak kedua untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Liverpool di White Hart Lane sebentar tadi.
Selepas ketinggalan 0-1 menerusi jaringan Martin Skrtel tiga minit sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat, Tottenham hampir merana apabila Jermain Defoe gagal menyempurnakan tendangan penalti untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-60.
Namun kehampaan itu tidak kekal lama apabila Skrtel tertampan ke gawang sendiri bola hantaran Luka Modric pada minit ke-65 sebelum Aaron Lennon muncul wira tuan rumah dengan gol menarik pada minit ke-90 untuk memastikan Liverpool pulang tanpa sebarang mata.
Kemenangan ini membolehkan Spurs naik ke tangga kelima liga dengan 25 mata, enam mata di belakang Manchester United yang kini gah memimpin carta EPL.
Tags: Berita EPL, EPL 2010/2011, Liga Perdana Inggeris, Liverpool, Liverpool vs Tottenham, Tottenham