Ronaldo akhiri kemarau jaringan

June 21, 2010 by  

SEBELUM kejohanan Piala Dunia 2010 bermula, penyerang Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo dicanang-canang antara bintang yang akan menyerlah di Afrika Selatan.

Namun peminat hampa apabila aksi pertama Portugal menentang Ivory Coast bukan saja gagal menghasilkan sebarang gol malah beberapa pemain yang diharap menyinar beraksi agak hambar termasuk bekas pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo.

Bagaimanapun malam ini, Ronaldo mempamer kelasnya yang tersendiri apabila bukan setakat mengemudi Portugal mencatat rekod kemenangan terbesar Piala Dunia 2010 bahkan beliau sendiri turut mengakhiri kemarau jaringannya dalam perlawanan kompetitif peringkat antarabangsa. [LIHAT VIDEO]

Ronaldo menjaring gol keenam Portugal pada minit ke-87 selain turut menyumbang gol untuk rakan sepasukannya yang lain.

Atas sebab itu dia dipilih selaku pemain terbaik perlawanan menentang Korea Utara di Stadium Green Point, Cape Town malam ini.

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!